KAI Havertz tampil cemerlang buat Arsenal apabila kualiti penyudahnya berjaya membuatkan The Gunners menewaskan Paris Saint-Germain (PSG) dalam aksi Liga Juara-Juara UEFA (UCL) pada Rabu.
Jaringannya serta gol oleh Bukayo Saka membolehkan Arsenal memperoleh kemenangan pertama dalam kempen UCL selepas 0-0 ketika berdepan Atalanta pada aksi pembukaan.
Havertz memasang impian yang jelas iaitu ingin memenangi gelaran UCL kedua dalam kariernya bersama Arsenal.
BACA LAGI: [VIDEO] Dua fans kelab bertelagah, vape atau coklat dipegang bek Arsenal masa jumpa PSG
BACA LAGI: Bengang Arsenal main bertahan, bintang Man City hanya iktiraf Liverpool lawan sebenar
Jaringan Havertz bantu Arsenal menewaskan PSG.
Sebelum ini, pemain dari Jerman itu memenanginya bersama-sama Chelsea pada 2021 dengan Havertz menjaringkan gol tunggal perlawanan di perlawanan akhir bertemu Manchester City.
"Ia adalah detik yang cukup bermakna dalam karier saya dan ia adalah sesuatu yang saya selalu fikirkan.
"Ia adalah perasaan yang cukup hebat dan ia akan jadi lebih hebat jika saya boleh lakukannya bersama-sama Arsenal dan kejayaan itu menjadi lebih bermakna," kata Havertz.
Havertz mengakui yang persaingan dalam UCL kali ini lebih sukar kerana penggunaan format baharu mendatangkan lebih banyak cabaran buat mereka.
Namun begitu, dia bersedia untuk membantu The Gunners untuk akhirnya merangkul gelaran UCL yang sudah lama mereka idamkan.
"Kami sudah satu tahun lebih berusia, jadi saya harap kami akan mempunyai kempen yang lebih baik.
"Ia adalah satu perjalanan yang jauh tapi kami bersedia untuk itu," ujarnya. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram