Mula dapat rentak, bintang Liverpool akui lebih selesa dengan Arne Slot berbanding Klopp


  • Podium
  • Selasa, 01 Okt 2024

Skuad The Reds memulakan kempen EPL 2024/25 dengan langkah kanan hasil 15 mata yang dikutip. — Agensi

LIMA kemenangan dan hanya satu kekalahan setakat ini cukup untuk meletakkan Liverpool di persada Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan kelebihan satu mata berbanding Manchester City dan Arsenal.

Kedudukan itu boleh dikatakan sedikit mengejutkan kerana mereka baru sahaja mengubah pengurus dengan kemasukan Arne Slot menggantikan Jurgen Klopp yang sudah sembilan musim di kelab tersebut.

Meskipun Arne Slot mempunyai reputasi cukup baik sepanjang berada di Belanda, perubahan itu dijangka akan membawa kesan terhadap prestasi skuad The Reds kerana masing-masing memiliki taktikal tersendiri.

BACA LAGI: Arne Slot dedah guna taktikal baharu aksi 'debut' bersama Liverpool

BACA LAGI: Dikaitkan dengan bintang Euro Sepanyol, pengurus Liverpool enggan beri harapan palsu

WhatsApp Image 2024-10-01 at 3.33.54 PM (1)

Slot mudah mendapatkan rentak bersama skuad The Reds. — Agensi

Bagaimanapun, pengurus itu tidak mempunyai sebarang masalah untuk menerapkan gaya permainannya dengan kedudukan teratas dalam EPL menjadi bukti terbaik atas kecemerlangannya.

Malah, ada dalam kalangan anak-anak buahnya mengakui jurulatih kelahiran Belanda itu lebih selesa dan memudahkan berbanding Klopp, lebih-lebih lagi dari segi pembahagian minit permainan.

Pemain tengah antarabangsa Belanda, Ryan Gravenberch merupakan antara yang berkata demikian kerana dia kini lebih kerap diturunkan pada awal permainan berbanding musim lalu.

"Saya masih pemain yang sama. Tetapi, sebelum ini, saya pernah bergelut untuk beraksi lebih kerap dengan ada kalanya, saya hanya memegang bola untuk kira-kira lima minit dalam satu perlawanan.

"Peluang terhad itu menyebabkan saya sukar menyesuaikan diri. Namun, kali ini, saya berasa selesa kerana Slot tahu kebolehan saya. Dia mempunyai perancangan jelas dari segi cubaan rampasan bola dan gerakan serangan," katanya.

1_JS346607377

Gravenberch menjadi watak utama Liverpool ketika ini. — Agensi

Setakat ini, pemain berusia 22 tahun berkenaan terlibat dalam kesemua enam aksi EPL buat Liverpool dengan dia berada dalam kesebelasan utama buat kesemua perlawanan itu.

Meskipun masih belum merekodkan sebarang jaringan, Gravenberch mempunyai peranan penting dalam mencipta gerakan buat skuad The Reds menerusi hantarannya yang bervariasi.

Liverpool di bawah kendalian Arne Slot turut menyaksikan kemenangan dalam aksi pembukaan Liga Juara-Juara UEFA (UCL) ketika berdepan AC Milan dengan prestasi itu harapnya dapat diteruskan.

Selepas ini, skuad The Reds akan berdepan Crystal Palace dalam kempen EPL dengan tiga mata penuh di tempat lawan sudah tentu diharapkan dapat dibawa pulang. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram