[VIDEO] Dua fans kelab bertelagah, vape atau coklat dipegang bek Arsenal masa jumpa PSG


  • Podium
  • Rabu, 02 Okt 2024

Tangkap layar Calafiori dikesan berjalan meninggalkan pengadil dan segera memasukkan objek berkenaan ke dalam mulutnya. 

KELAB gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal merekodkan kemenangan tanpa bolos dengan keputusan 2-0 ke atas Paris Saint-Germain (PSG) dalam saingan Liga Juara-Juara UEFA (UCL) di Stadium Emirates, dekat London, England pada Rabu.

Dua jaringan Arsenal diraih menerusi penyerang tengah, Kai Havertz dan Bukayo Saka. Ia merupakan kemenangan pertama untuk skuad The Gunners selepas diikat Atalanta tanpa jaringan pada 20 September.

Keputusan berkenaan menyaksikan skuad kendalian Mikel Arteta di tangga kelapan liga UCL dengan empat mata, manakala pasukan bimbingan Luis Enrique pula jatuh ke tangga ke-18 dengan tiga mata.

BACA LAGI: [VIDEO] Rembatan Baddrol, hatrik 'assist' Hidalgo antara yang pernah menghantui JDT

BACA LAGI: Malukan kelab China, Arif Aiman atasi CR7 siap bantu JDT kaut RM400,000

Kekalahan berkenaan menyaksikan PSG tewas buat kali keempat di England setiap kali beraksi di UCL sejak Disember 2020. Selain Arsenal, pasukan itu tewas dua kali kepada Manchester City dan tewas sekali kepada Newcastle.

Di sebalik kemenangan pertama di peringkat tertinggi Eropah itu, muncul insiden kontroversi membabitkan pemain The Gunners apabila Riccardo Calafiori dikesan sedang menghisap vape.

Situasi itu berlaku ketika pengadil, Slavko Vincic melayangkan kad kuning kepada tonggak pertahanan dan secara tiba-tiba Declan Rice dilihat memberikan item berkenaan kepada rakan sepasukannya tersebut.

WhatsApp Image 2024-10-02 at 15.46.56

Calafiori memberi persembahan cemerlang ketika menentang PSG. — Instagram/ Calafiori.

Menerusi satu video tular di media sosial, pemain antarabangsa Itali berkenaan dikesan berjalan meninggalkan pengadil dan segera memasukkan objek berkenaan ke dalam mulutnya.

Objek yang seolah-olah vape itu menjadi perdebatan dalam kalangan penyokong bola sepak global dengan ada sesetengahnya melihat Rice sebenarnya menghulurkan coklat kepada Calafiori.

Setakat ini, tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Arsenal mahupun dari kedua-dua pemain berkenaan berhubung video tular tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram