Kemenangan JDT, Selangor bantu Malaysia masuk 'top 3' raih mata terbanyak Asia


  • Podium
  • Jumaat, 04 Okt 2024

JDT dan Selangor berjaya meraih kemenangan di pentas Asia.

PERSEMBAHAN baik daripada kedua-dua wakil Malaysia di kejohanan Asia memberikan manfaat kepada negara dari segi kutipan ranking.

Keputusan menang yang diraih oleh Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) dan Selangor semasa tugasan Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) membantu Malaysia dalam Ranking Pertandingan Kelab AFC.

Sebagai rekod, JDT menang 3-0 ke atas Shanghai Shenhua manakala Selangor menewaskan Dynamic Herb Cebu 1-0.

BACA LAGI: [VIDEO] Coach Shanghai Shenhua seram dengar nama 'kuda tua' JDT, bukan sekadar Arif Aiman

BACA LAGI: Tiga mata di ACL2 ibarat tak bermakna, ramai mula bosan taktikal pasif Nidzam Jamil

Screenshot 2024-10-04 145232

Kedudukan Ranking Pertandingan Kelab AFC untuk Asia Timur.

Minggu sempurna buat Malaysia di Asia itu membolehkan kutipan mata ranking yang diraih cukup tinggi dan antara yang terbaik di Asia Timur.

Laman Footy Rankings mendedahkan Malaysia merupakan sebahagian daripada tiga negara teratas dalam kutipan mata ranking AFC di samping Jepun dan Korea Selatan.

Malaysia memperoleh 5.833 mata untuk berada di belakang Jepun (6.250 mata) dan Korea Selatan (6.000 mata). Malah, Malaysia turut mengatasi China di tempat keempat dengan meraih 5.150 mata.

Negara kita mungkin adalah salah satu daripada tiga top performer di Asia Timur. Namun begitu, kita masih lagi ketinggalan dalam carta keseluruhan.

Di Asia Timur, Malaysia di tempat keenam 30.361 mata dengan mendahului Vietnam di tempat ketujuh dengan 28.372 mata. Malaysia masih ketinggalan di belakang Australia yang menduduki tempat kelima dengan 32.124 mata.

Secara keseluruhan pula, Malaysia di tempat ke-12 dan berjaya memintas Jordan dari Asia Barat yang turun ke tangg ke-13.

Kedudukan yang diraih Malaysia buat masa ini membolehkan dua pasukan beraksi di Asia dengan satu di ACLE serta satu di ACL2.

Untuk mendapatkan slot tambahan, Malaysia perlu sekurang-kurangnya menduduki tempat keempat Asia Timur. Buat masa ini, kedudukan itu diis oleh Thailand. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram