Masih belum terlepas 115 dakwaan, Man City tarik nafas seketika lepas 'kalahkan' EPL


  • Podium
  • Selasa, 08 Okt 2024

Masih terdapat banyak pertuduhan perlu dihadapi Man City berhubung laporan kewangan yang didakwa tidak tepat. — Agensi

MANCHESTER City terus menerima tekanan daripada pasukan undang-undang Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila mereka masih belum bebas daripada 115 pertuduhan berhubung maklumat kewangan terkini.

Sebelum ini, pemenang Liga Juara-Juara UEFA (UCL) 2023 itu sudah diheret ke mahkamah bagi pendengaran awal berhubung perkara berkenaan dengan mereka berdepan risiko tersingkir ke divisyen bawahan sekiranya disabitkan kesalahan.

Bagaimanapun, baru-baru ini, kelab itu boleh menarik sedikit nafas lega selepas dibebaskan daripada pertuduhan kesalahan urus niaga pihak bersekutu (APT) pada Isnin malam.

BACA LAGI: Perkuat pasukan andai ada peluang jumpa JDT, CR7 mahu Al-Nassr segera beli kapten Manchester City

BACA LAGI: [VIDEO] Penganalisis kemuka bukti, Michael Oliver didakwa pengadil Manchester City

Soccer Football - Premier League - Manchester City v Chelsea - Etihad Stadium, Manchester, Britain - May 21, 2023 Manchester City's Ilkay Gundogan lifts the trophy as he celebrates with teammates after winning the Premier League Action Images via Reuters/Lee Smith

Manchester City merupakan kelab paling berjaya di EPL kebelakangan ini. Agensi

Hal itu dicapai selepas panel timbang tara memutuskan perjanjian penajaan kelab milik Abu Dhabi berkenaan dihalang daripada dilengkapkan, sekali gus membuatkan perbicaraan tersebut terbatal.

Panel mendapati sebahagian daripada peraturan APT liga melanggar undang-undang persaingan Britain, namun ia juga menyalahi undang-undang kerana kelab tidak dapat mengulas mengenai jenis data yang akan diambil kira.

Keputusan Liga Perdana berhubung dua transaksi Manchester City tahun lalu, iaitu dengan First Abu Dhabi Bank dan kumpulan Etihad Aviation, "dicapai dengan cara yang tidak adil dari segi prosedur" dan mesti dibatalkan, kata panel itu.

Sejurus selepas keputusan diberikan, juara lapan kali EPL itu dalam satu kenyataan berkata, mereka berjaya dengan tuntutan diberikan dan pengelola liga itu didapati antara lain, menyalahgunakan kedudukan dominannya.

Premier-League

EPL pasti akan terus mencari jalan untuk menegakkan kebenaran. Agensi

"Tribunal sudah menentukan kedua-dua peraturan itu tidak adil dari segi struktur dan EPL secara khusus tidak adil dalam cara ia menggunakan peraturan itu terhadap kelab dalam amalan mereka.

"Peraturan itu didapati mendiskriminasi cara ia beroperasi, kerana ia dengan sengaja mengecualikan pinjaman pemegang saham," katanya dalam kenyataan pada awal pagi Selasa.

Meskipun kejayaan berkenaan tidak memberi sebarang impak terhadap 115 pertuduhan dihadapi mereka, kejayaan Manchester City dalam kes berkenaan akan membawa perubahan terhadap undang-undang APT pada masa akan datang.

Ini kerana kesemua 20 pasukan yang bertanding dalam EPL dan pernah terkesan dengan undang-undang itu sebelum ini boleh menerima tuntutan dengan pihak pengelola liga difahamkan akan mengadakan pertemuan dalam masa terdekat.

'Kemenangan' Manchester City dalam mengelak daripada dihukum atas undang-undang APT juga akan menyaksikan perubahan terhadap peraturan Keuntungan dan Kelestarian (PSR) yang diperkenalkan lebih 10 tahun lalu. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram