Watak utama JDT benam Shanghai Shenhua, Juan Muniz diiktiraf AFC sebaris bekas bintang Liverpool, Real Madrid


  • Podium
  • Isnin, 07 Okt 2024

Detik-detik Muniz ketika melakukan sepakan percuma yang berjaya menghasilkan gol ketiga buat Harimau Selatan.

JARINGAN sepakan percuma berkelas dunia Juan Muniz Gallego ketika membantu Johor Darul Ta'zim (JDT) mengutip tiga mata pertama dalam saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) kini diiktiraf Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Selain ledakan sepakan percuma itu, aksi 90 minit Muniz dalam perlawanan menentang Shanghai Shenhua juga mendapat perhatian AFC untuk meletakan pemain berusia 32 tahun sebagai pemain tengah terbaik mingguan ACLE.

Muniz juga berjaya menewaskan bintang berkelas dunia seperti Franck Kessie, Ruben Neves, Anderson Talisca dan beberapa pemain lain.

BACA LAGI: Dah cakap sejak 10 tahun lepas, 90 peratus padang dalam negara masih teruk — TMJ

BACA LAGI: [VIDEO] Berjaya pikat Jese Rodriguez, fans JDT pernah 'bermimpi di siang hari' tentang 3 bintang kelas A

Dalam hantaran terbaharu laman rasmi media sosial AFC, Muniz tersenarai antara pemain tengah terbaik minggu kedua bersama-sama Sadio Mane, Kota Watanabe dan Riyad Mahrez.

Nama lain yang turut berada dalam kesebelasan utama terbaik mingguan ialah bekas pemain Real Madrid, Joselu Sanmartin dan bintang nasional Brazil, Roger Ibanez.

Ia bagaikan penghormatan buat JDT yang sedang membawa nama Malaysia di pentas kejohanan tertinggi Asia itu.

Selain itu, Harimau Selatan juga kini berada dalam prestasi terbaik apabila menduduki tempat kedua dalam Kumpulan B ACLE dengan berkongsi mata bersama Buriram United (Thailand) dan Vissel Kobe (Jepun).

Arif Aiman pula berada di tempat kedua sebagai penjaring terbanyak ACLE dengan tiga jaringan gol sekali gus menewaskan Joselu dan Akram Afif.

Selepas ini, JDT akan terbang ke Korea Selatan pada 22 Oktober untuk bertemu Gwangju FC yang kini sedang bergelut dalam saingan K League 1. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram