PEMILIK Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Ismail, Pemangku Sultan Johor menzahirkan kekecewaan terhadap keadaan padang di Malaysia.
Ini selepas aksi Liga Super antara Perak menentang JDT yang sepatutnya berlangsung pada Sabtu terpaksa ditunda buat kali kedua ekoran cuaca hujan dan keadaan padang yang tidak mengizinkan.
Perlawanan di Stadium Ipoh, Perak itu menyaksikan aksi tersebut ditangguh kali kedua selepas hujan lebat melanda sekaligus menyebabkan ia menyukarkan keadaan.
BACA LAGI: Ketua balai polis, 2 anggota positif dadah antara 14 individu ditahan di pusat hiburan Cheras
BACA LAGI: 'Terima kasih Bos', belum sampai 24 jam, Jese Rodriguez buat fans Harimau Selatan teruja
Tunku Ismail menyifatkan keadaan padang di Malaysia masih tidak berubah dan menyukarkan perlawanan bola sepak berlangsung.
"Dah 2024, 90 peratus padang dalam negara masih di dalam keadaan teruk. Amat memalukan dengan negara jiran.
"Negara jiran semua dah tingkatkan padang dan infra bola sepak. Kita hanya bercakap nak berubah tetapi tiada tindakan. Peruntukan dah ditawarkan oleh KBS tetapi semua kelab tak terima," kata Tunku Ismail.
Baginda turut mendedahkan kebanyakan kelab di Malaysia enggan menerima tawaran padang percuma oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) kerana tidak sanggup untuk mengeluarkan kos penyelenggaraan.
“Dapat padang percuma pun tak terima. Pasal tak sanggup maintain padang RM200,000 setahun. Pemain berjuta boleh beli, kerusi stadium berjuta boleh bayar.
“Padang RM200,000 setahun dan gaji pemain tak boleh bayar. Amat memalukan. Musim tengkujuh dah nak mula. Berapa aksi lagi nak kena tunda? Membazir, dan sangat memalukan,” jelas baginda.
We really need to change our mindset and priority when it comes to football infrastructure if we want to compete with our neighbouring countries. Infrastructure will help us raise the quality of football in our country. I’ve been saying it for the last 10 years. pic.twitter.com/YHPsrVduSh
— HRH Crown Prince of Johor (@HRHJohorII) October 5, 2024
Melihat pencapaian yang diraih JDT dalam tempoh 10 tahun ini, Tunku Ismail mengajak kesemua yang terlibat dengan industri bola sepak ubah mentaliti dan keutamaan apabila melibatkan sukan itu.
"Kita benar-benar perlu mengubah mentaliti dan keutamaan kita apabila melibatkan infrastruktur bola sepak jika kita mahu bersaing dengan negara jiran.
"Infrastruktur akan membantu kita meningkatkan kualiti bola sepak di negara kita. Saya sudah mengatakan perkara ini sejak 10 tahun yang lalu," tambah baginda. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram