Dapat tawaran dalam dan luar negara, bintang import TFC enggan mainkan perasaan fans


  • Podium
  • Rabu, 27 Dis 2023

Musim ini, Sony berjaya melakukan 29 penampilan bersama TFC.

PEMAIN import tengah Terengganu, Sony Norde, mengakui ada menerima tawaran daripada beberapa buah kelab dari dalam dan luar negara.

Jelas pemain kelahiran Haiti itu, ketika ini beliau masih meneliti tawaran yang diterima dan hanya akan memuktamadkan soal masa depannya pada Januari depan, lapor Stadium Astro.

Sony yang menyertai skuad Peteh pada musim 2023 telah beraksi dalam 29 perlawanan, mencetak sembilan jaringan serta 13 bantuan jaringan dalam semua pertandingan yang disertai.

Sony Norde dalam Nadi Arena berkata, "Ideanya adalah untuk berada kekal di Malaysia, saya sudah lima tahun berada di sini, jadi pastinya negara ini seperti negara sendiri, saya mahu terus kekal berada di sini namun kita tunggu dan lihat nanti.

"Semua perbincangan berjalan lancar tapi belum 100 peratus capai kata sepakat, dan bila mana ianya pasti saya akan maklumkan dan buat masa sekarang saya tak mahu buat peminat terlalu berharap saya pergi ke sesuatu kelab tapi ahirnya saya tidak pergi.

"Saya akan buat orang tertanya-tanya nanti,setelah pasti saya pasti akan beritahu, dan buat masa sekarang saya nak lihat dahulu perbincangan dengan Terengganu dan mana-mana tawaran yang hadir dahulu saya akan berikan tumpuan," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram