Aksi cemerlang De Gea terus buat fans Man United termenung kemurungan


  • Podium
  • Isnin, 07 Okt 2024

De Gea menunjukkan kehebatan dan ketangkasannya pada aksi perlawanan Serie A menentang AC Milan pada awal pagi Isnin. — Reuters

PENJAGA gawang Fiorentina, David De Gea menunjukkan kehebatan dan ketangkasannya pada aksi perlawanan Serie A menentang AC Milan pada awal pagi Isnin.

Manakan tidak, bekas penjaga gawang Manchester United itu berjaya menyelamatkan dua sepakan penalti pasukan lawan Theo Hernandez dan Tammy Abraham.

Ia sekali gus menyaksikan AC Milan kecundang 1-2 di Fiorentina.

BACA LAGI : Kecewa 'awayday' di Sabah jadi makan angin, rasa sayang penyokong tegar Kedah masih utuh walau rugi cecah ribuan ringgit

BACA LAGI : [VIDEO] Berjaya pikat Jese Rodriguez, fans JDT pernah 'bermimpi di siang hari' tentang 3 bintang kelas A

Memetik laporan media antarabangsa, De Gea sangat bergembira dengan pencapaiannya itu.

"Ia adalah malam yang luar biasa. Kami telah bekerja keras selama beberapa bulan.

"Kemenangan malam ini sangat penting menentang kelab besar seperti Milan. Kami bekerja keras dan akhirnya ia mula membuahkan hasil," katanya.

Pada masa sama, De Gea turut memuat naik hantaran dan beberapa gambar perlawanan tersebut di laman X miliknya.

"Started in Spain, made in Manchester, loving it in Italy," tulisnya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram