Dapat tajaan hampir RM10 juta, institusi perbankan hampir pasti penaja utama Sang Kenari?


  • Podium
  • Sabtu, 06 Jul 2024

Sang Kenari sedang giat menjalankan pencarian untuk mendapatkan penaja utama pasukan bagi mengharungi musim 2024/25.

KEMELUT kewangan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) mungkin berakhir selepas dikhabarkan telah mendapat talian hayat baharu.

Ini selepas pihak pengurusan dikhabarkan sudah mendapatkan penajaan bagi musim ini 2024/25 yang hampir bernilai RM10 juta.

Perkara ini disahkan oleh Pemilik KDA FC, Tan Sri Dr. Mohd Daud bin Bakar dalam satu kenyataan mengenai makluman Pelancaran Jersi dan Status Perekonomian Kedah baru-baru ini.

BACA LAGI: ‘Kalamullah PJ City is back!’, fans Kedah nampak masa depan lawan JDT

BACA LAGI: MFL semakin huru-hara, Dr Pekan setuju FAM jaga liga pembangunan

Katanya, Sang Kenari sedang giat menjalankan pencarian untuk mendapatkan penaja utama pasukan bagi mengharungi musim 2024/25.

"Berkenaan isu penaja, alhamdulillah kita dah dapat banyak perkembangan dan kita sedang memuktamadkan beberapa penaja yang berpotensi menjadi penaja pertama dan kedua.

"InsyaAllah kita akan umumkan apabila kita mendapat hitam putih daripada penaja dalam masa terdekat sebelum pelancaran jersi baharu,” kata Daud Bakar.

Daud Bakar juga meminta agar penyokong Kedah dapat mendoakan kerana pasukan itu amat memerlukan penajaan pada ketika ini.

Beliau sebelum ini pernah memaklumkan bahawa penaja utama perlu menyumbang sekitar RM8-10 Juta bagi melancarkan perjalanan Sang Kenari.

MSBS

Sebuah syarikat bank telah menjadi penaja utama Liga A1-Semi Pro sejak musim lalu.

Namun begitu orang ramai sudah mula bercakap-cakap di dalam media sosial bahawa penaja utama yang akan terpampang di hadapan jersi Kedah ialah sebuah syarikat bank.

Ini tidak pelik jika syarikat bank menjadi penaja utama Kedah memandangkan Liga A1-Semi Pro (Liga M3) juga ditaja oleh sebuah syarikat bank swasta.

Selain itu, pihak pengurusan Kedah juga akan menubuhkan sebuah jabatan yang ditaja oleh sebuah syarikat koprporat dengan pemiliknya anak Kedah, yang mana mereka akan meminjamkan pegawai-pegawai syarikat untuk menjalankan urusan pemasaran, perakaunan, reka bentuk, grafik, perhubungan pelanggan dan sebagainya.

Jika benar segala perancangan Kedah berada dalam landasan yang baik, pastinya ia sedikit sebanyak dapat membantu Sang Kenari melunaskan segala beban gaji yang perlu ditanggung pasukan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram