Dion Cools tak dapat turun, ramai risau Chris Wood bermaharajalela ledak gawang Harimau Malaya


  • Podium
  • Isnin, 07 Okt 2024

Harimau Malaya berlepas ke New Zealand dengan hanya 26 pemain selepas Cools terpaksa menarik diri kerana mempunyai urusan keluarga.

KEM Harimau Malaya menerima khabar kurang gembira apabila difahamkan ketua pasukan, Dion Cools terpaksa menarik diri bagi menghadapi New Zealand dalam perlawanan persahabatan antarabangsa yang akan dijadualkan berlangsung di Stadium North Habour, New Zealand pada 14 Oktober nanti.

Difahamkan, Cools terpaksa menarik diri daripada kem kebangsaan berikutan masalah peribadi yang dihadapi.

Begitupun, pengendali Harimau Malaya, Pau Marti Vicente bertegas yang dia tidak begitu risau dan percaya pemain lain juga mampu mengisi tempat ditinggalkan oleh Cools.

BACA LAGI: Tukar venue di ACLE patut jadi manual MFL elak kontroversi Perak-JDT berulang

BACA LAGI: Cipta nama di pentas AWCL, fans doa Sumandak Sabah tak kenal erti putus asa dijinakkan Wuhan Jiangda

WhatsApp Image 2024-10-07 at 15.19.01

Dion Cools terpaksa menarik diri daripada menyertai tugasan kebangsaan.

Bagaimanapun, berbeza pandangan dengan 'pemain ke-12' Harimau Malaya yang meluahkan kebimbangan mereka mengenai kehadiran penyerang Utama New Zealand, Chris Wood yang dijangka mampu merobek pintu gawang skuad kebangsaan.

Hal ini kerana, penyerang berusia 32 tahun itu yang merupakan tonggak Utama Nottingham Forest seakan-akan memberi amaran kepada Malaysia selepas mudah membolosi gawang Chelsea di Stamford Bridge dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Ahad.

Bekas pemain Newcastle United itu beraksi dalam kesebelasan utama Nottingham Forest ketika mengikat Chelsea 1-1 di Stamford Bridge.

Dalam pada itu, meninjau ruangan komen, rata-rata 'ékor' Harimau Malaya berasakan pasukan kendalian Pau Marti itu akan terkesan dengan ketiadaan Cools sebagai tonggak pertahanan berdepan New Zealand nanti.

"Tiada Cools sapa agaknya yang boleh rantai Chris Wood ni," kata Amran Halim.

"Dion Cools tiada memang berkicaplah, nak harap baka Melayu anak jati duduk dekat kritikal position centreback, lepas tu fight dengan striker mat salleh, entahlah, tak kena belasah sudah cukup baik dah," kata Rizal Sahri.

"Alahai tanpa Dion Cools memang susahlah nak menang pun, apa lagi nak rantai Chris Wood," kata Henry Pzheihmer. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram