Penyokong Perak naik angin bas JDT berdesup tinggalkan stadium, siap tunjuk video bukti padang masih baik


  • Podium
  • Sabtu, 05 Okt 2024

Tangkap layar video daripada penyokong Perak yang mendakwa JDT meninggalkan stadium lebih awal.

PENYOKONG Perak tampak tidak berpuas hati dengan keputusan Malaysia Football League (MFL) menunda perlawanan membabitkan pasukan tuan rumah menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) buat kali kedua bagi musim ini.

Tambah kemarahan penyokong Perak apabila mereka mendakwa bas pasukan JDT lebih awal meninggalkan stadium meskipun pengumuman untuk menunda perlawanan masih belum rasmi.

Menerusi ">video yang dikongsikan penyokong Perak dalam media sosial terlihat dua buah bas pasukan JDT sedang memandu laju meninggalkan perkarangan Stadium Ipoh, Perak.

BACA LAGI: [VIDEO] Pernah rantai Garnacho, media Indonesia percaya cuma Asnawi seorang mampu kekang Arif Aiman

BACA LAGI: Bekas CEO Perak FC berang MFL tunda lagi aksi Perak-JDT, ekor Harimau Selatan kempunan 'awayday' batal kali ke-2

Screenshot (1)

Tangkap layar bas JDT meninggalkan Stadium Perak.

Dalam ruangan komen pula rata-rata penyokong Perak meluahkan rasa tidak puas hati dengan tindakan pasukan pelawat itu.

Ramai berpendapat pasukan Perak sepatutnya diberikan tiga mata penuh kerana tindakan Harimau Selatan meninggalkan stadium lebih awal.

"Ini kiranya lari dari game, patut tiga mata untuk Perak," kata Zairul Akram

"Takut kalah main padang basah, kalau padang elok mungkin nak Perak jadi pasukan belasahan macam pasukan lain," jelas Mahfuz Afiq.

"Kesian penyokong yang tak tahu apa-apa tunggu dekat dalam stadium, tahu-tahu senyap pemain 'blah' buat anaiaya," ujar Muhd Khir.

Dalam pada itu, menerusi hantaran video yang dimuat naik TBG Super Fan dalam Facebook berkongsi keadaan padang di Stadium Perak.

Hantaran dimuat naik oleh laman Facebook itu mendapat pelbagai reaksi daripada penyokong bola sepak tempatan.

"Padang tak bertakung, boleh sahaja main," kata Amir Aizat.

"Pemain ramai-ramai berilah skuad kedua main. Pemain utama simpan untuk Asia, atau JDT tak nak rekod tercalar?" soal Abdul Razak.

"Jadual MFL pun tak pandai, dulu elok last game habis bulan lapan. Sebab kita tahu start bulan September monsun hujan tinggi," ujar Tun N. Solihin. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram