KBS, TMJ 'offer' lebih RM800,000 bantu kelab Liga M baiki mutu padang


  • Podium
  • Selasa, 09 Jan 2024

Tunku Ismail (tengah) turut berkenan menyumbangkan RM300,000 kepada setiap negeri bagi tujuan menyelenggara kerja-kerja menaik taraf padang. — Facebook/TMJ

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) dan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Almarhum Sultan Ibrahim menawarkan geran RM500,000 sekali sahaja kepada setiap negeri untuk menaik taraf padang bola sepak yang digunakan untuk perlawanan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).

Menterinya, Hannah Yeoh berkata, tawaran berkenaan itu juga termasuk ditawarkan kepada semua 14 negeri termasuk Wilayah Persekutuan untuk kerja-kerja naik taraf sistem saliran dengan kos RM300,000 dan RM200,000 lagi untuk menanam rumput baharu.

"RM300,000 adalah untuk menaik taraf sistem perparitan dan baki RM200,000 adalah untuk menanam apa sahaja rumput yang mereka mahu, kecuali rumput lembu," katanya dalam sidang media di sebuah hotel di Iskandar Puteri, Johor pada Selasa (9 Januari).

Terdahulu, Hannah menghadiri mesyuarat anjuran MFL yang turut dihadiri Tunku Ismail yang juga pemilik kelab bola sepak Johor Darul Takzim (JDT).

Mesyuarat itu diadakan sebagai sebahagian daripada persiapan MFL untuk musim bola sepak akan datang yang dijadualkan bermula pada bulan Mei.

BACA LAGI: Keputusan TMJ potong bajet JDT ujian kesetiaan penyokong

WhatsApp Image 2024-01-09 at 21.35.59

Tunku Ismail (tengah) menerima cenderamata daripada Ab Ghani selepas Mesyuarat Pengelolaan Liga Malaysia dan Taklimat Pengurusan Stadium dan Venue Liga Malaysia Musim 2024/2025. — Facebook/TMJ

BACA LAGI: 'Tiada orang boleh buat apa JDT buat kerana hanya ada satu sahaja TMJ'

Beliau juga berkata. kementerian sebelum ini menawarkan geran serupa untuk stadium bola sepak untuk menanam rumput Zeon Zoysia namun ia tidak mendapat sambutan negeri tidak mempunyai pengetahuan yang betul untuk mengekalkannya.

"Kami telah memanjangkan tawaran itu kepada semua exco sukan negeri dan mereka perlu berbincang dengan Menteri Besar atau Ketua Menteri masing-masing," katanya.

Sementara itu, Pengerusi MFL, Datuk Ab Ghani Hassan berkata, Tunku Ismail turut menawarkan bantuan kewangan sebanyak RM300,000 kepada setiap kelab untuk penyelenggaran padang baharu selama setahun.

“Ini adalah kali pertama semua Exco Sukan negeri bertemu dan kami berharap dapat melihat perkongsian sinergi antara semua badan berkaitan.

“Semua Exco sukan negeri amat teruja dengan tawaran itu dan diharapkan kita dapat melihat padang bola sepak yang lebih baik pada musim baharu,” jelasnya.

Tunku Ismail pula bertitah geran KBS yang ditawarkan adalah hasil perbincangan antara beliau dan Hannah ada tahun lepas.

"Saya telah menegaskan tentang kepentingan infrastruktur bola sepak yang berkualiti. Saya berharap dapat melihat infrastruktur di seluruh negara menjadi lebih baik dan menepati piawaian antarabangsa,” titah TMJ dalam kenyataan berasingan. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram