Fabrizio Romano dedah Liverpool akan 'ikat' 2 bintang termasuk Konate untuk jangka masa panjang


  • Podium
  • Isnin, 07 Okt 2024

Konate (kiri) dan Quansah berpotensi menjadi pemain utama skuad The Reds untuk bertahun-tahun lamanya. — Agensi

LIVERPOOL FC dilihat sedang dalam usaha memperkukuhkan lagi pasukan selepas mereka menawarkan kontrak jangka masa panjang buat dua pemain pertahanan iaitu Ibrahimo Konate dan Jarell Quansah.

Perkara itu dimaklumkan wartawan ternama, Fabrizio Romano yang mengatakan pihak pengurusan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu sudah memulakan proses rundingan kontrak.

Konate yang menyertai skuad The Reds pada 2021 menjadi watak penting dalam barisan pertahanan pasukan apabila dia sering diletakkan di samping van Dijk dan Joel Matip.

BACA LAGI: Ketawa dan air mata, 2 penyerang Liverpool 'cuti rehat' di sebalik kehadiran semula Robertson-Nunez

BACA LAGI: Mula dapat rentak, bintang Liverpool akui lebih selesa dengan Arne Slot berbanding Klopp

413866871_840046148131186_7392201495824876614_n

Dari kiri: Van Dijk, Salah dan Trent masih belum menandatangani kontrak baharu. — Agensi

Berdasarkan perkembangan terkini, kontrak pemain antarabangsa Perancis itu akan tamat dua tahun lagi dengan kontrak baharu akan membolehkannya terus berkhidmat buat Liverpool.

Quansah pula yang merupakan produk akademi kelab Merseyside tersebut juga menunjukkan potensi cemerlang setiap kali diturunkan dalam perlawanan kurang mencabar seperti dalam saingan Piala Liga atau Piala FA.

Meskipun hanya mencipta satu penampilan EPL setakat ini, pemain berusia 21 tahun itu sering diberikan pujian daripada pengendali, Arne Slot yang teruja akan kebolehannya ketika ini.

Bagaimanapun, setakat ini, tiada perkembangan mengenai tiga tonggak pasukan, Mohamed Salah, Trent Alexander-Arnold dan Virgil van Dijk yang boleh meninggalkan pasukan itu secara percuma pada jendela perpindahan musim panas 2025.

Ketiga-tiga bintang The Reds itu diharapkan dapat mengikat kontrak segera memandangkan masing-masing menjadi watak utama ketika tahun kegemilangan Liverpool di bawah kendalian Jurgen Klopp. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram