PERMULAAN cemerlang dinikmati Liverpool FC di bawah kendalian pengurus baharu, Arne Slot yang hadir pada tempoh pramusim bagi menggantikan Jurgen Klopp selepas sembilan tahun di kelab itu.
Lima kemenangan dan hanya satu kekalahan dialami dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) meletakkan mereka di kedudukan teratas dengan rekod berkenaan turut diteruskan dalam kempen Liga Juara-Juara UEFA (UCL).
Tiga mata penuh yang dikutip ketika berdepan wakil Itali, AC Milan menunjukkan skuad The Reds wajar diletakkan sebagai pencabar serius dalam semua kejohanan disertai.
BACA LAGI: [VIDEO] Gagal manfaat peluang keemasan, Darwin Nunez kena bahan rakan sepasukan
BACA LAGI: [VIDEO] Dua bintang EPL termasuk Liverpool antara 5 digantung akibat bergaduh
Liverpool sedang melakukan persiapan bagi aksi akan datang. — Agensi
Jadi, dalam aksi akan datang, Liverpool sudah tentu berharap prestasi cemerlang dapat diteruskan apabila Liverpool menerima kunjungan Bologna untuk aksi kedua UCL.
Nasib juga seperti berpihak kepada kelab England itu apabila dalam laporan terbaru, dua pemain utama pasukan, Andy Robertson dan Darwin Nunez sudah kembali ke padang latihan.
Perkhabaran itu muncul selepas mereka kelihatan menyertai sesi dikendalikan Arne Slot selepas masing-masing dilaporkan mengalami kecederaan pada aksi-aksi terdahulu.
Nunez difahamkan menghadapi demam yang menyaksikan terlepas perlawanan berdepan Wolves sementara Robertson dikeluarkan akibat masalah kaki yang dialaminya.
Jota (kiri) dan Chiesa masih belum berada dalam tahap kecergasan terbaik. — Agensi
Kepulangan mereka sudah tentu menjadi satu berita baik buat Liverpool yang amat memerlukan kehadiran mereka di atas padang, lebih-lebih lagi buat Robertson yang merupakan bek kiri utama mereka.
Namun, skuad The Reds masih tumpul dalam barisan serangan selepas Diogo Jota dan rekrut musim panas, Federico Chiesa masih belum kelihatan di padang latihan.
Kedua-dua mereka belum berada di tahap kecergasan terbaik sejak permulaan musim lalu, terutamanya Jota yang sudah 'berehat' untuk beberapa bulan akibat masalah lutut.
Chiesa yang disambar dari Juventus pada jendela perpindahan lalu juga masih bergelut untuk kembali cergas selepas dia bertarung dengan isu anterior krusiat ligament (ACL).
Bagaimanapun, ketiadaan kedua-dua pemain lincah itu tidak memberikan kesan mendalam terhadap skuad The Reds yang masih memiliki lambakan pilihan lain, termasuk Mohamed Salah, Cody Gakpo dan Luis Diaz. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram