'Saya pengurus yang bodoh', reaksi Slot cukup berbeza berbanding Klopp


  • Podium
  • Jumaat, 04 Okt 2024

Pengurus Liverpool, Arne Slot (tengah) masih belum membuat sebarang keluhan terhadap jadual dan isu-isu lain sejak menyertai Liverpool.

LIVERPOOL FC memulakan kempen musim ini dengan cemerlang di bawah kendalian pengurus baharu, Arne Slot.

Prestasi cemerlang itu diraih selepas kehadiran jurulatih Belanda yang dilihat sudah bersedia untuk mengendalikan pasukan tersebut.

Perkembangan tersebut menunjukkan bahawa peminat sepertinya sudah beralih kepada Slot dan sepertinya melupakan pengendali sebelum ini yang sudah dianggap legenda, Jurgen Klopp.

Meskipun begitu, terdapat perbezaan yang ketara antara Slot dan Klopp yang sempat mencuri tumpuan peminat The Reds itu.

BACA LAGI: Fans mula bercerita sesama sendiri, spekulasi misteri kehilangan striker berbisa Sabah

BACA LAGI: Kembali perkuat Sang Penyu, Shahrul Nizam ada tugas berat, 'gari' Ifedayo

Slot

Pengurus Liverpool, Arne Slot.

Hal ini kerana, Slot memberikan pandangan berbeza mengenai cabaran bermain pada waktu makan tengah hari yang dianggap sukar dengan menyatakan bahawa pasukannya tidak berdepan dengan masalah tersebut.

"Sekiranya waktu perlawanan dipilih pada pukul 12.30 tengah hari adalah mencabar, jadi saya adalah seorang pengurus yang bodoh kerana mengadakan sesi latihan pada pukul 12 tengah hari.

"Jadi, ingin saya tegaskan tiada kesukaran untuk anak-anak buah saya beraksi dengan baik pada waktu itu," katanya dalam sidang media praperlawanan.

Pandangan mengenai cabaran itu timbul kerana Liverpool akan beraksi pada waktu berkenaan menentang Crystal Palace dengan mereka seakan-akan tidak dapat berehat secukupnya.

Skuad The Reds baru-baru ini menerima kunjungan wakil Itali, Bologna FC di peringkat kumpulan Liga Juara-Juara UEFA (UCL) dengan kemenangan diraih mereka.

Sekiranya hendak dibandingkan dengan Klopp, Arne Slot masih belum membuat sebarang keluhan terhadap jadual dan isu-isu lain sejak menyertai Liverpool.

Mereka yang kini berada di puncak Liga Perdana Inggeris (EPL) tidak berdepan sebarang isu untuk menyesuaikan diri dengan taktikal bekas pengendali Feyenoord itu. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram