IA kembali lagi, pertemuan Perak FC bertemu Johor Darul Ta'zim (JDT) akan diadakan pada Sabtu di Ipoh, Perak selepas kali pertama perlawanan diadakan tidak berjaya dilangsungkan.
Perlawanan asal tidak dapat dilangsungkan selepas dua minit ia dijalankan kerana cuaca buruk. Kini, kedua-dua pasukan boleh beraksi semula untuk mendapatkan tiga mata.
Perak yang berada di laman sendiri semestinya mengharapkan sesuatu positif daripada perlawanan ini. Untuk itu, Yusri Che Lah harus merencana 'ramuan' istimewa bagi menyekat Harimau Selatan.
BACA LAGI: Bakal berpindah ke Manjung, moga aksi terakhir Perak berdepan JDT di Ipoh cipta kenangan manis
BACA LAGI: Perak, TFC senasib JDT, pernah raih hasil berbaloi lepas rehatkan jurulatih 'mid season'
Gunakan Luciano Guaycochea
Salah satu strategi yang boleh digunakan oleh Yusri untuk mencari gol adalah menerusi ketua pasukan, Luciano Guaycochea.
Pemain dari Argentina itu boleh dijadikan sebagai center of attention kepada taktikal Perak berdasarkan kualitinya sebagai pemain tengah.
Guaycochea boleh jadi 'mastermind' kepada kejayaan Perak.
Malah, Yusri boleh cuba mendapatkan jaringan menerusi situasi bola mati dengan mengarahkan para pemainnya cuba 'cari foul' di depan kotak penalti JDT.
Ketajaman Guaycochea mengambil sepakan percuma boleh membantu Perak mendapatkan gol sekali gus memberikan cabaran kepada pasukan pelawat.
Masa untuk Ramadhan Hamid menyerlah
Satu kekangan yang terpaksa dihadapi oleh Perak adalah mereka tidak boleh menggunakan Haziq Nadzli di pintu gol.
Hal ini kerana, Haziq yang dipinjamkan ke Perak oleh JDT tidak boleh turun beraksi berdepan majikannya atas perjanjian antara kedua-dua kelab.
Ramadhan boleh dijadikan sandaran Perak di pintu gol.
Lazimnya, Yusri akan menumpukan perhatiannya kepada penjaga gol kedua iaitu Ramadhan Hamid untuk menggalas tugas di pintu gol.
Dengan berpeluang diturunkan menentang pendahulu liga, masa untuk Ramadhan turun beraksi dan menyerlah sudah tiba. Apa yang diperlukan adalah persembahan baik untuk mengecewakan pemain-pemain JDT.
Jangan terlalu keras
Cabaran getir yang menanti pertahanan Perak pastinya serangan daripada bintang-bintang JDT seperti Arif Aiman dan Bergson da Silva.
Sudah pasti, mereka perlu mempamerkan kualiti pertahanan yang berkualiti menentang gandingan yang cukup lincah. Namun begitu, pertahanan Perak tidak boleh terlalu keras dalam bertahan.
Mereka tidak boleh semudahnya overcommit ketika bertahan dan kemudiannya memberikan foul sia-sia terutamanya dalam kotak penalti.
Pertahanan Perak harus lebih berdisiplin dan tidak terburu-buru untuk melakukan bentesan hingga ia memberikan masalah kepada diri sendiri selepas itu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram