Kelab sudah tunaikan janji singkir Tomi, tiba masa fans TFC penuhkan SSMZA


  • Podium
  • Jumaat, 04 Okt 2024

Badrul Afzan (tengah) kini menggantikan Tomislav Steinbruckner.

ERA baharu bermula di Terengganu FC apabila selepas pemergian Tomislav Steinbruckner, Badrul Afzan mengambil alih jawatan jurulatih buat sementara.

Keputusan itu dilakukan oleh pihak kelab atas tujuan bersama selepas skuad Terengganu beraksi lemah dalam saingan Liga Super dan Piala Shopee.

Malah, Terengganu turut tersingkir dari saingan Piala FA selepas kalah kepada Selangor FC di peringkat separuh akhir.

BACA LAGI: Badrul Afzan 'pegang' mesej Tomi, Terengganu tunggu hingga hujung musim

BACA LAGI: Tomi sah tinggalkan Terengganu, jadi jurulatih ke-2 tinggalkan kelab Liga Super musim ini

Desakan untuk Steinbruckner meninggalkan kelab dalam kalangan penyokong semakin kuat apabila persembahan Terengganu mula longlai selepas separuh akhir Piala FA dan tidak bermain baik di Piala Shopee.

Usai kalah kepada Selangor dalam saingan Liga Super, Steinbruckner dan Terengganu kemudiannya mengambil jalan untuk berpisah dengan Badrul Afzan mengisi posisi tersebut dengan tugasan pertamanya adalah bertemu PDRM FC pada Jumaat.

Dengan era baharu kini bermula, timbul seruan untuk sebahagian penyokong yang 'merajuk' dengan kelab kerana adanya Steinbruckner kembali semula ke stadium.

Pihak kelab sudah mengotakan 'janji' menyingkirkan Steinbruckner, kini tidak masa untuk penyokong kembali ke stadium mendukung perjuangan Terengganu.

"Ayuh penuhkan stadium, tuntutan penyokong telah pengurusan tunaikan," komen penyokong bernama Marshall Aus.

"Ayuh semua. Pengurusan buat kerja dah ajak penyokong datang ke stadium. Kita sahutlah usaha ini. Takkan asyik nak merayu je? Kata sayang kelab. Tak kisah bangsa final atau tidak, mari penuhkan stadium. Tunjuk pada pemain yang kita bukan main-main sokong kelab ini," ujar Hanif Rashid.

"Banyak komen yang kata kena menang dulu baru datang stadium. Takkan sokong waktu menang je? Waktu kalah, biarkan Terengganu sendiri, macam tu?," persoal Djailuh kepada penyokong skuad Penyu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram