KEM Terengganu FC kini berwajah baharu selepas pemergian pengendali dari Croatia, Tomislav Steinbruckner.
Pengendali dari Croatia itu meninggalkan Terengganu atas persetujuan bersama dengan kelab tersebut selepas mengharungi masalah prestasi hingga mengundang kemarahan penyokong.
Kekalahan 0-1 kepada Selangor FC menjadi penamat kepada masa Steinbruckner bersama Terengganu dengan kelab kini bergerak menerusi haluan baharu.
BACA LAGI: Tomi sah tinggalkan Terengganu, jadi jurulatih ke-2 tinggalkan kelab Liga Super musim ini
BACA LAGI: [VIDEO] 'Hai Shin Tae-yong', bekas peledak gol Terengganu FC tawar diri sarung jersi Indonesia
Tugasan pertama Badrul (kanan) sebagai pengendali sementara Terengganu adalah aksi berdepan PDRM.
Pembantu Steinbruckner, Badrul Afzan dilantik menjadi pengendali sementara kelab untuk mengharungi baki saingan musim 2024/2025.
Dengan menggunakan individu yang mengetahui hal luar dalam mengenai pasukan, tiada keperluan untuk Terengganu terburu-buru mendapatkan jurulatih baharu.
Menurut pengerusi kelab, Hishamuddin Abdul Karim, dia percaya yang Badrul boleh membawa Terengganu ke kedudukan lebih baik.
"Terengganu tidak bercadang untuk membuka jawatan kepada mana-mana jurulatih berminat untuk mengisi kekosongan itu.
"Sebarang pertimbangan hanya akan dilakukan selepas musim selesai, termasuklah kemungkinan melantik Badrul sebagai ketua jurulatih baharu," kata Hishamuddin.
Bagi Badrul pula, dia mengakui motivasi para pemain agak menurun akibat pemergian Steinbruckner. Tetapi, dia mahu menaikkan semula apabila Terengganu turun bertemu PDRM FC pada Jumaat.
"Motivasi para pemain akan menurun sejak pemergian jurulatih, tapi saya ingatkan mereka untuk kembali fokus.
"Tidak akan ada perubahan (besar) pada kesebelasan utama, hanya di satu, dua posisi dan saya berharap Terengganu boleh kembali ke landasan kemenangan bertemu PDRM.
"Steinbruckner ada tinggalkan mesej untuk saya dan pasukan untuk terus bekerja keras," ulas Badrul. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram