E-SUKAN semakin hari, semakin berkembang dengan pesatnya. Bahkan, pada hari ini e-sukan sudah tersenarai dalam kejohanan utama seperti di Sukan Malaysia (SUKMA).
Jadi tidak terkejut jika Sukan Bekalan Air Malaysia (SBAM) dijangka menjadikan ia salah satu daripada acara dipertandingkan pada temasya tersebut tahun hadapan.
Jika direalisasikan, pastinya syarikat-syarikat bekalan air di seluruh negara boleh menampilkan bakat-bakat dalam e-sukan untuk menonjol pada acara itu tahun depan.
Tidak terkecuali Syarikat Air Darul Aman (SADA) yang turut giat berlatih, dalam memastikan mereka tidak pulang dengan tangan kosong pada acara e-sukan pada tahun hadapan, SADA sudah memulakan latihan sejak daripada Oktober.
BACA LAGI: Kembali boikot sesi latihan, fans Sang Kenari mainkan semula sentimen anak jati Kedah
BACA LAGI: Bekas import Kedah, Kelantan bersatu barisi kelab Iraq
Pada kejohanan jemputan empat penjuru yang berlangsung pada Khamis yang lalu, SADA mempertaruhkan lima bakatnya, dikenali sebagai Mohd Izzat Amir Mohd Fauzi, Muhamad Faiz Yamin Muhamad Yaziz, Aiman Zulazni, Mohammad Izzuddin Mohd Fauzi, Mohd Isma Farhan Azmi dan Tanesh Murugaya sebagai wakil.
Antara pasukan yang terlibat dalam kejohanan empat penjuru itu selain SADA adalah Pejabat Tanah dan Galian Kedah, wakil Setiausaha Kerajaan (SUK) Kedah dan Pejabat Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan negeri Kedah (PPNK).
SADA dinobat sebagai juara dan ia memberi makna persiapan pasukan berada di landasan yang betul.
Menurut pengurus pasukan, Ashraf Mohd Shariff, selain menyertai kejohanan, perlawanan persahabatan akan diadakan lagi bagi memantapkan lagi persediaan untuk merangkul gelaran juara bagi acara FC 25.
Dia turut mengingatkan pasukannya supaya tidak terus dibuai dengan keyakinan tinggi dengan kemenangan dalam kejohanan empat penjuru itu.
"Latihan berkala dan berintensiti tinggi akan dilaksanakan. Bentuk latihan sudah dirancang supaya SADA mampu membawa pulang kejayaan pada SBAM 2025.
"SADA selaku juara keseluruhan temasya itu pada 2023 sudah pastinya mahu mempertahan kejuaraan dan setidak-tidaknya berada di kelompok tiga terbaik.
"Sudah pasti, dengan persiapan dari semua wakil SADA akan memastikan mereka beraksi cemerlang di SBAM tahun hadapan," katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram