SUKA atau tidak, ia adalah lumrah dalam bola sepak untuk menyaksikan satu-satu jurulatih akan disisihkan daripada jawatan mereka.
Lazimnya, mereka akan disingkirkan sekiranya pasukan yang dibimbing tidak beraksi dengan baik. Selalunya, penyingkiran akan berlaku pada pertengahan musim.
Tindakan menyingkirkan pengendali ketika musim sedang berjalan lazimnya tidak membawa perubahan ketara yang diharapkan. Namun dalam beberapa situasi, ia menjadi.
BACA LAGI: Solari, Leandro antara yang tinggalkan JDT
BACA LAGI: Tomi sah tinggalkan Terengganu, jadi jurulatih ke-2 tinggalkan kelab Liga Super musim ini
1. Johor Darul Ta'zim
Walaupun mereka adalah pasukan yang mendominasi bola sepak Malaysia, tetapi Johor Darul Ta'zim (JDT) turut tidak lari daripada masalah melibatkan jurulatih.
Pada musim 2022, Benjamin Mora meninggalkan JDT selepas prestasi kelab tersebut tidak begitu baik. Dia kemudiannya digantikan dengan Hector Bidoglio.
Bidoglio memberikan impak segera sebaik saja menggantikan Solari.
Keputusan tersebut nyata membuahkan hasil buat JDT apabila Bidoglio terus memberikan impak dengan membantu Harimau Selatan memenangi Piala FA menewaskan Terengganu.
Musim ini, Bidoglio kembali ke pangkuan JDT untuk kali kedua selepas dia menggantikan Esteban Solari.
2. Terengganu
Terengganu juga pernah mengalami pengalaman serupa apabila pengendali yang sinonim dengan kelab itu, Irfan Bakti meletakkan jawatan pada 2019.
Perletakkan jawatan itu berlaku selepas Terengganu kalah kepada Petaling Jaya City FC. Tempat Irfan kemudiannya diisi oleh Nafuzi Zain.
Pemergian Irfan membuka ruang buat Nafuzi untuk menyerlah.
Nafuzi yang muncul sebagai salah seorang jurulatih muda berpotensi mula menunjukkan kredibilitinya. Walaupun hanya mula melatih Terengganu pada pertengahan musim, dia berjaya membawa skuad Penyu menduduki tempat ketujuh Liga Super dengan 30 mata.
Ia merupakan permulaan kepada kebangkitan Nafuzi dan detik yang lebih baik buat bola sepak Terengganu apabila mereka bermain bola sepak berkualiti untuk dua musim.
3. Perak
Nama yang cukup kontroversi, Lim Teong Kim hadir ke Perak FC dengan reputasi besar untuk membina kelab itu pada musim 2023.
Namun begitu, apa yang dilakukannya tidak berhasil dengan pengendali itu meninggalkan kelab pada pertengahan musim dan digantikan oleh Yusri Che Lah.
Lim Teong Kim digantikan oleh Yusri Che Lah di Perak.
Yusri kemudiannya berjaya menstabilkan semula Perak yang dianggotai oleh pemain muda hingga berjaya mencipta kejutan mara ke separuh akhir Piala Malaysia sebelum tumpas kepada JDT.
Kini menjawat sepenuhnya jawatan jurulatih di Perak, Yusri dalam misi memastikan Perak tidak berada di kelompok bawahan liga.— Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram