Kembali boikot sesi latihan, fans Sang Kenari mainkan semula sentimen anak jati Kedah


  • Podium
  • Khamis, 03 Okt 2024

Nafuzi terpaksa menurunkan pemain muda yang baru sahaja menjalani latihan selepas tamat Sukan Malaysia yang menyaksikan Sang Kenari tewas 0-5.

MENJELANG aksi ke-11 Liga Super 2024/2025, pemain Kedah Darul Aman (KDA) FC kembali memboikot sesi latihan dalam aksi bertemu Terengganu FC yang dijadualkan pada 19 Oktober nanti.

Menurut perkongsian pemerhati sukan tanah air, Fina Nasrom, boikot tersebut dijalankan selepas tiada langkah proaktif yang diambil pengurusan pasukan untuk menyelesaikan masalah tunggakan gaji.

Sebelum ini, skuad utama Sang Kenari pernah mengambil tindakan drastik tersebut apabila enggan menghadiri sesi latihan dalam aksi bertemu Kuala Lumpur City FC pada 14 September lalu.

BACA LAGI: [VIDEO] Hanya dimasukkan jika perlu, Nidzam Jamil enggan ambil risiko tergesa-gesa turunkan Nikola Jambor

BACA LAGI: Arif Aiman mahu kekal lebih lama di JDT, percaya boleh jadi pemain lebih baik selain balas jasa TMJ

WhatsApp Image 2024-10-03 at 14.38.37

Barisan pemain muda Sang Kenari (jersi hijau kuning) gagal menyekat serangan The City Boys apabila tewas 0-5.

Susulan boikot tersebut, pengendali KDA FC, Nafuzi Zain terpaksa menurunkan pemain muda yang baru sahaja menjalani latihan selepas tamat Sukan Malaysia (SUKMA) yang menyaksikan Sang Kenari tewas 0-5.

Dalam pada itu, melihat kepada keputusan pemain senior yang kembali memboikot sesi latihan, dijangka pemain muda KDA FC sekali lagi akan dipertaruhkan untuk berdepan cabaran kelab yang menghuni tangga ketiga Liga Super.

Meskipun begitu, rata-rata 'ekor' Sang Kenari bersetuju sekiranya pasukan Utara tanah air itu menggunakan khidmat anak jati.

"Tahniah, sudah boleh guna semua kudrat anak jati lepas ni, impian fans Kedah impikan anak jati bermain demi lencana di dada jadi kenyataan," kata Rameli Rbrw.

"Kedah kalau nak berjaya kena fokus betul-betul pada anak jati mereka dan beri pendedahan secukupnya tentang bola sepak profesional," kata Tasaday Man.

"Itulah orang cakap kata-kata itu satu doa, fans Kedah nak sangat kan main isu anak jati, jadi lepas ni team Kedah semua pemain anak jati, jadi bermainlah demi lencana di dada," kata Amirul Syazwan.

Selepas aksi cukup mengecewakan di Stadium Kuala Lumpur, Cheras itu, pemain utama Sang Kenari akhirnya mengambil keputusan untuk berdepan Sri Pahang FC dan tampil cemerlang apabila mampu mengikat Tok Gajah dengan keputusan seri 2-2.

Prestasi terombang-ambing skuad Sang Kenari di samping hukuman Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) menyaksikan mereka berada di tangga ke-11 Liga Super selepas hanya meraih sembilan mata daripada 10 perlawanan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram