Otai masih berbisa, kawalan tengah Natxo Insa 'cukup rasa' bantu JDT benam kelab China


  • Podium
  • Selasa, 01 Okt 2024

Insa memastikan bahagian tengah JDT tidak mudah diceroboh oleh Shanghai Shenhua.

JOHOR Darul Ta'zim (JDT) berjaya untuk membawa pulang tiga mata pertama dalam saingan Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) selepas menewaskan Shanghai Shenhua 3-0.

Kemenangan yang diraih pada Selasa itu membantu JDT untuk memperoleh kemenangan pertama dalam saingan fasa liga ACLE selepas seri perlawanan pertama berdepan Shanghai Port.

Gol daripada Arif Aiman, Jorge Obregon dan juga Juan Muniz memastikan JDT masih belum kalah di peringkat Asia.

BACA LAGI: Ranking JDT, Selangor naik beri petunjuk positif, Harimau Malaya yang kena 'take note'

BACA LAGI: [VIDEO] Coach Shanghai Shenhua seram dengar nama 'kuda tua' JDT, bukan sekadar Arif Aiman

461851648_1105487564280552_3455332094013650681_n

Insa (tengah) tampil cemerlang mengawal bahagian tengah.

Persembahan cemerlang JDT di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri itu nyata melihatkan kecemerlangan Arif apabila begitu berbahaya memasuki gawang lawan.

Malah, penyokong Harimau Selatan turut gembira apabila Obregon akhirnya menyumbat jaringan pertamanya di Asia buat JDT.

Namun begitu, walaupun Arif dan Obregon mencuri tumpuan, tetapi persembahan cemerlang pemain veteran iaitu Natxo Insa juga menjadi fokus penyokong.

Rata-rata berpendapat persembahan Insa di bahagian cukup penting dalam membantu JDT mengawal bahagian tengah dengan kawalan tempo yang amat baik.

"Natxo Insa memang baik dengan secukup rasa. Dia bijak susun atur tempo perlawanan, kejap perlahan, kejap laju. Sudah tua tapi masih berbisa si botak tu," kata penyokong bernama Omar Amat.

"Sebab tu (kualiti) teknikal Natxo amat diperlukan, tapi ramai yang tak faham," ujar Johairy.

"Natxo Insa kalau main di bahagian tengah memang sedap permainan dia," komen Reamy Emy.

Selepas dua kali berdepan kelab China, JDT akan ke Korea Selatan untuk bertemu Gwangju pada 22 Oktober. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram