[VIDEO] Coach Shanghai Shenhua seram dengar nama 'kuda tua' JDT, bukan sekadar Arif Aiman


  • Podium
  • Isnin, 30 Sep 2024

Arif Aiman akan menjadi tonggak utama skuad Harimau Selatan untuk menembusi pertahanan Shanghai Shenhua. — Facebook/JOHOR Southern Tigers

PELUANG cerah dimiliki Johor Darul Ta'zim (JDT) untuk meneruskan rekod cemerlang dalam kempen Liga Juara-Juara AFC (ACL) Elite apabila mereka bakal menerima kunjungan kelab China, Shanghai Shenhua pada Selasa.

Permulaan baik disaksikan skuad Harimau Selatan dalam aksi pembukaan apabila mencatatkan keputusan seri 2-2 ketika berdepan Shanghai Port di tempat lawan pada 18 September lalu.

Selain membawa pulang satu mata berharga, perlawanan itu menyaksikan penguasaan cemerlang anak-anak buah Hector Bidoglio dari segi serangan serta pertahanan sepanjang 90 minit permainan.

BACA LAGI: Ubi muda Harimau Selatan dah patut naik pangkat ganti Natxo bentuk set 'midfielder' JDT

BACA LAGI: Kecewa dengan persembahan sendiri, Natxo Insa mahu 'balas dendam' lawan Korea Selatan

Tidak cukup dengan itu, pertembungan terbabit menyaksikan kebolehan sebenar tonggak JDT, Arif Aiman Hanapi yang menjaringkan dua gol, termasuk satu daripadanya menerusi percubaan dari luar kotak penalti.

Kecemerlangan pemain berusia 22 tahun berkenaan pasti akan terus ditagih dalam aksi berdepan Shanghai Shenhua di Stadium Sultan Ibrahim, Johor pada Selasa ini.

Malah, pengendali wakil China itu, Leonid Slutsky yang percaya anak-anak buahnya perlu merantai bintang skuad Harimau Selatan berkenaan sekiranya mahu pulang dengan sesuatu.

Jurulatih kelahiran Rusia berkenaan turut mengagumi kualiti dimiliki pemain senior JDT, Natxo Insa yang dijangka diturunkan bagi mengawal bahagian tengah di laman sendiri.

461511888_1103290764500232_9011960320021671621_n

Natxo memiliki kualiti tersendiri untuk merencatkan serangan lawan. Facebook/JOHOR Southern Tigers

"Saya amat tertarik dengan pemain bernombor 30 kerana terdapat ramai bintang Sepanyol dengan kecenderungan untuk terus beraksi, mengawal bola ketika dalam situasi menyerang dan tidak kehilangannya begitu mudah," katanya.

Usia lanjut tidak mengurangkan pengaruh pemain warisan negara itu yang masih diturunkan secara kerap, termasuk dalam aksi pembukaan ACL Elite di tempat lawan.

Kebolehannya untuk membaca pergerakan lawan menjadikannya sebagai aset utama skuad Harimau Selatan kerana ia membolehkan pasukan terbabit menyerang dengan lebih yakin.

Dalam aksi pertama pada 17 September lalu, Shanghai Shenhua membawa pulang tiga mata penuh setelah menundukkan kelab Korea Selatan, Pohang Steelers dengan keputusan 4-1 di laman sendiri.

Kemenangan berkenaan membolehkan pasukan itu berada di kedudukan kedua selepas satu perlawanan dengan rentak cemerlang pasti mahu diteruskan kelab terbabit. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram