Tomi sah tinggalkan Terengganu, jadi jurulatih ke-2 tinggalkan kelab Liga Super musim ini


  • Podium
  • Selasa, 01 Okt 2024

Tomislav Steinbruckner menerima kritikan hebat penyokong Terengganu akibat prestasinya.

PENGENDALI dari Croatia, Tomislav Steinbruckner sah meninggalkan jawatannya sebagai jurulatih Terengganu FC selepas disahkan pihak kelab pada Selasa.

Dalam kenyataan dikeluarkan oleh kelab, Steinbruckner dan Terengganu menamatkan kontrak menerusi persetujuan bersama dengan dia bersama-sama pembantu, Ivica Vranjes dan Hrvoje Bradasic.

Sebagai rekod, Steinbruckner merupakan pengendali kelab Liga Super kedua yang disingkirkan selepas Azzmi Aziz di Negeri Sembilan FC.

BACA LAGI: 'Jangan buat silap sama', fans TFC ‘ajar’ Tomi jangan keluarkan pemain 'on form' semasa perlawanan

BACA LAGI: 'Anak emas buat gol sendiri' TFC curi 1 mata, seri melawan kelab Vietnam

"Kelab Terengganu FC telah mengadakan satu perbincangan bersama pengendali pasukan, Tomislav Steinbruckner dan telah mencapai satu persetujuan bersama untuk penamatan kontrak beliau sebagai Ketua Jurulatih pasukan utama Terengganu FC bagi musim ini.

"Namun begitu, perbincangan akhir berkenaan terma penamatan masih dalam perbincangan diantara kedua-dua pihak," kata Terengganu dalam kenyataan mereka.

Pemergian Steinbruckner berpunca daripada prestasi semasa kelab yang tidak baik dalam Liga Super serta Piala Shopee. Malah, penyokong juga sudah semakin ramai tidak berpuas hati dengan persembahan ditampilkannya lebih-lebih lagi selepas kalah 0-1 kepada Selangor FC.

Dengan pemergiannya, tempat Steinbruckner akan diisi sementara oleh Badrul Afzan.

"Langkah ini diambil dan diputuskan bersama atas dasar melihatkan prestasi semasa pasukan serta dalam usaha kelab untuk memelihara keadaan dan pehubungan diantara para pemain, penyokong dan imej kelab secara keseluruhannya.

"Tugasan untuk mengendalikan pasukan utama ini akan digalas oleh penolong ketua jurulatih, Badrul Afzan buat sementara waktu," ujar kelab Pantai Timur itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram