BEKAS pemain Terengganu FC, David da Silva tidak menyembunyikan perasaannya untuk mewakili skuad kebangsaan Indonesia selepas tampil cemerlang dalam saingan domestik sejak dua musim bersama Persib Bandung.
Penyerang berusia 34 tahun itu dinobatkan sebagai penjaring terbanyak Liga 1 Indonesia pada musim lalu selepas meledak 26 jaringan dalam 30 penampilan bersama Persib Bandung.
Jika melihat statistiknya bersama Terengganu, jauh perbezaannya apabila Da Silva hanya menjaringkan tujuh gol dalam 15 penampilan sebelum kembali ke Indonesia pada musim 2021.
BACA LAGI: 'Bola itu dah masuk', penyokong Terengganu berang pengadil tak iktiraf jaringan Akinade
BACA LAGI: Dua nama jadi sebutan, Selangor bakal umum pemain import Jordan baharu
Sebelum menyertai Terengganu, Da Silva terlebih dahulu beraksi bersama Persebaya Surabaya dan juga berjaya merekodkan angka jaringan yang baik iaitu 39 gol dalam 43 penampilan.
Selepas tampil cemerlang di Liga 1, Da Silva dalam satu temu bual bersama Transfermarkt Indonesia meluahkan hasratnya untuk menetap dan menyarung jersi Indonesia.
"Ya, saya fikir akan menetap di sini (Indonesia). Saya ingin menggunakan jersi skuad kebangsaan. Hai Shin Tae-yong, saya di sini," katanya.
Bekas pemain kelab Korea Selatan, Pohang Steelers itu juga berasakan skuad bimbingan Tae-yong tumpul di bahagian serangan meskipun membawa masuk beberapa pemain warisan yang beraksi di Eropah.
Dengan pengalaman dan kemampuannya, Da Silva berharap Tae-yong dapat mempertimbangkan hasratnya itu.
“Saya fikir skuad kebangsaan perlu banyak gol dan memerlukan seorang penyerang berkualiti," ujarnya.
Musim ini, Da Silva telah meledak dua gol dalam dua penampilannya bersama Persib Bandung sekali gus merekodkan 65 jaringan dalam 90 penampilan bersama kelab bimbingan Bojan Hodak itu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram