'Elok lagi Liga Kemboja', MFL terus dikecam hebat akibat jadual liga tak tersusun


  • Podium
  • Rabu, 02 Okt 2024

Penyokong terus kritik MFL kerana masalah jadual liga.

KRITIKAN terus diberikan oleh penyokong bola sepak tempatan kepada Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) berkenaan jadual Liga Super musim 2024/2025.

Pada Selasa, MFL menjelaskan yang mereka mengalami kesukaran untuk mengatur jadual perlawanan bagi perlawanan-perlawanan seterusnya akibat perubahan tarikh Piala Asean.

Sebagai rekod, Piala Asean 2024 akan diadakan bermula dari 8 Disember 2024 sehingga 5 Januari 2025.

BACA LAGI: Perubahan tarikh Piala AFF sukarkan MFL 'adjust' jadual baki musim 2024/25

BACA LAGI: 'Belajar dengan kelab Eropah', fans lepas geram terhadap admin KDN, tak pasal-pasal didenda MFL

"Pengumuman jadual perlawanan dalam tempoh dua bulan itu juga memberi ruang kepada MFL untuk menilai dan mengkaji susunan jadual terbaik dalam tempoh pertandingan Piala AFF Mitsubishi Electric 2024 berlangsung iaitu pada 8 Disember 2024 sehingga 5 Januari 2025.

"Pada mulanya, MFL mendapat makluman pada 14 November 2023 daripada pihak penganjur Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) bahawa tarikh asal Piala AFF adalah pada 23 November 2024 sehingga 21 Disember 2024 sebelum kemudiannya diubah kepada tarikh baharu iaitu 8 Disember 2024 sehingga 5 Januari 2025," kata MFL.

Namun begitu, penyokong bola sepak tempatan masih kecewa dengan jadual pertandingan tempatan terutamanya disebabkan jarak terlalu lama antara satu perlawanan dengan aksi seterusnya.

Malah ada yang berpendapat Liga Super hanya dimainkan sebulan sekali dan itu merugikan kelab dalam usaha mendapatkan pendapatan.

"Pertama kali tengok jadual liga disusun secara bulanan, bukan satu pusingan penuh. Jadual liga daerah lagi tersusun," kata penyokong bernama Daniel Ariff.

"Ada tak sampai 20 pasukan pun tak boleh nak susun jadual liga elok-elok," ujar Aiman Suhaimee.

"Liga Kemboja lebih tersusun daripada Liga Super," komen Karunia Rodriguez. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram