JURULATIH badminton kebangsaan, Hendrawan akhirnya meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) selepas 15 tahun bersama.
Ia rentetan keputusan BAM untuk menyambung kontraknya sebagai jurulatih bagi perseorangan lelaki negara.
Keputusan itu akan memberikan ruang kepada muka baharu untuk menjadi jurulatih perseorangan lelaki negara.
BACA LAGI: Kontrak tak disambung lepas 15 tahun berkhidmat, Hendrawan akan tinggalkan BAM akhir Oktober
BACA LAGI: Chong Wei jadi 'ramuan' kemenangan Pearly-Thinaah
Pemergian Hendrawan itu mendapat perhatian legenda badminton negara iaitu Datuk Lee Chong Wei. Kedua-dua individu tersebut pernah bekerjasama dalam pelbagai kejohanan seperti Jelajah Dunia BWF, Sukan Asia dan Sukan Olimpik.
Dari mata Chong Wei, Hendrawan dianggap sebagai seorang jurulatih yang sentiasa bersama-sama dengannya ketika senang atau susah.
"Ucapan selamat tinggal tidak pernah mudah, terutamanya dari seseorang yang pernah bersama waktu senang dan susah, baik di dalam dan luar gelanggang.
"Hendrawan adalah lebih daripada seorang mentor, dia sudah menjadi brother figure. Kesabaran, kebijaksanaan memang sukar untuk ditandingi. Dan semestinya, anda juga menyumbang kepada kejayaan saya.
"Kita mengharungi pelbagai detik menyeronokkan, mengerah kudrat dan mengalir air mata. Walaupun anda pergi meninggalkan untuk cabaran baharu, pengaruh anda kepada karier saya dan badminton Malaysia akan kekal seumur hidup. Terima kasih untuk segalanya," kata Chong Wei.
BAM masih belum mengumumkan siapa jurulatih baharu untuk perseorangan lelaki negara. Tetapi, ia dijangka akan diumumkan dalam masa terdekat. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram