Balik-balik muka sama, fans Tok Gajah bengang Fandi Ahmad tak guna polisi gilir pemain


  • Podium
  • Ahad, 29 Sep 2024

Sri Pahang tewas 0-3 kepada Perak dalam aksi Liga Super.

SRI Pahang FC terus mencatatkan kekalahan demi kekalahan dalam saingan Liga Super selepas mereka tumpas 0-3 kepada Perak FC pada Sabtu.

Dalam aksi yang diadakan di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh, skuad kendalian Fandi Ahmad kembali ke rentak kekalahan apabila tewas mudah kepada Perak.

Sebelum ini, terdapat tanda-tanda kebangkitan selepas Tok Gajah menang 5-1 ke atas PDRM FC yang turut diadakan di laman mereka.

BACA LAGI: Jaga-jaga Kedah, 3 'on-form' bekas bintang mampu bantu Sri Pahang 'gigit' Sang Kenari

BACA LAGI: Lebih gemar seri, Sri Pahang dikritik tak ambil kesempatan isu boikot Kedah

Tumbangnya Sri Pahang kepada Perak menjadikan ia kekalahan keempat kelab Pantai Timur itu musim ini dalam 11 perlawanan liga diharungi mereka.

Melihat kepada situasi tersebut, ia nyata tidak menghadirkan kegembiraan buat para penyokong Sri Pahang. Rata-ratanya mengkritik taktikal pengendali, Fandi Ahmad yang dilihat semakin lapuk.

Malah, Fandi turut dilihat mempunyai kecenderungan untuk tidak melakukan penggiliran skuad (squad rotation) dengan dia sering menggunakan kesebelasan yang serupa untuk setiap perlawanan.

Tindakan tersebut memberikan kesan kepada pemain yang jarang diturunkan kerana apabila mereka diberi peluang beraksi, impaknya tidaklah begitu besar dan gagal membantu Sri Pahang meraih kemenangan.

"Kalau rotate pemain dari dulu mungkin tak jadi macam ni. Ni pemain main sampai patah kaki baru nak tukar pemain lain. Bila pemain lain jarang main, dia main pun berteraburlah," kata penyokong bernama Zamri Aminuddin.

"Minit ke-80 ke atas baru terkial-kial nak tukar pemain, satu je nak kata yang aok memang tak boleh pakai," ujar Nizam Kamal.

"Elok tak payah berlatihlah sebab dah tahu taktikal apa nak pakai masa perlawanan, dapat bola lambung ke depan. Lepas tu, tengah sedap menyerang, tiba-tiba hantar bola ke bawah balik, macam mana nak dapat gol?," soal Al-Fateh pula.

Selepas berdepan Perak, Sri Pahang akan berdepan Penang pada 20 Oktober. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram