PERSEMBAHAN Penang FC ketika menentang Kuala Lumpur City FC dalam aksi Liga Super pada Ahad terus menyajikan kekecewaan.
Beraksi di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, skuad Akmal Rizal nyata longlai terutamanya di bahagian pertahanan.
Usaha awal mendapatkan gol oleh Adib Ra'op pada minit ke-3 dipadam mudah oleh tuan rumah apabila Paulo Josue menyamakan kedudukan lima minit kemudian.
BACA LAGI: [VIDEO] Ledak gol jumpa Penang FC, Avanzini kongsi terima 'azimat' Bojan Hodak
BACA LAGI: 'Budak baik' Penang takkan lupa detik jaring gol pertama Harimau Kumbang
KL City kemudiannya mendahului oleh jaringan Jovan Motika untuk membolehkan skuad Warga Kota mendahului 2-1 pada separuh masa pertama.
Separuh masa kedua terus memberikan kesakitan buat Penang apabila mereka melepaskan dua lagi gol menerusi Haqimi Azim dengan jaringan berganda olehnya.
Walaupun Rodrigo Dias menghasilkan gol untuk Penang di lewat permainan namun ia tidak cukup untuk menghalang mereka daripada tumpas 2-4 kepada KL City.
Keputusan kekalahan itu sudah cukup sakit untuk diterima, tetapi penyokong Penang nyata lebih gusar melihat persembahan Sikh Izhan Nazrel di pintu gol.
Penjaga gol pinjaman dari Selangor FC itu dilihat melakukan kesilapan penjaga gol (goalkeeping mistake) pada jaringan penyamaan KL City hingga ia membuka ruang untuk Josue mudah menolak bola ke dalam gol.
Melihat kepada persembahan tersebut, penyokong-penyokong Penang berasakan yang Sikh Izhan seolah-olah tidak berada pada tahap terbaik menentang KL City.
"Sikh Izhan mengelamun apa tu tak tahulah," kata penyokong bernama Syafira Fyra.
"Sikh Izhan sekarang ni main apa pun tak tahu," ujar Syahmi Mean.
"Penjaga gol tu, terlalu selesa sangat," komen Yazid Rahman. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram