Kontrak tak disambung lepas 15 tahun berkhidmat, Hendrawan akan tinggalkan BAM akhir Oktober


  • Podium
  • Selasa, 01 Okt 2024

Hendrawan bersedia meninggalkan BAM hujung Oktober ini. — The Star

JURULATIH perseorangan lelaki, Hendrawan bersedia meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) selepas 15 tahun berkhidmat.

Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky mengesahkan kontrak Hendrawan tidak akan disambung dan sepatutnya tamat hujung 2024 ini.

"Hendrawan akan tinggalkan BAM pada akhir Oktober ini. Beliau telah berkhidmat dengan baik untuk persatuan kebangsaan sejak 15 tahun lalu dan pengalamannya amat berharga.

"Kami mengucapkan terima kasih atas jasanya dan mendoakan yang terbaik untuk jawatan seterusnya," katanya pada Selasa.

BACA LAGI: Zii Jia ketuai senarai penuh skuad Piala Thomas, Rexy yakin semangat pasukan negara

BACA LAGI: Balik awal lagi, Lee Zii Jia sedar perlu segera bangkit di All England

6042948428205503874

Hendrawan yang akan meninggalkan BAM selepas 15 tahun berkhidmat. — Gambar hiasan

Untuk rekod, Hendrawan yang merupakan warga Indonesia menyertai BAM pada 2009 dan membimbing Datuk Lee Chong Wei meraih dua pingat peraknya dalam Sukan Olimpik London 2012 dan Rio de Janeiro 2016.

Beliau juga melatih pemain badminton kesayangan negara, Lee Zii Jia dan Ng Tze Yong.

Selain Hendrawan, kontrak jurulatih remaja, Ameer Amri Zainuddin juga tidak dilanjutkan.

GYxvtUObQAAcyze

Rexy berkata, BAM sedang mencari jurulatih lain untuk mengisi jawatan sebagai ketua skuad perseorangan lelaki.

Sementara itu, seorang lagi jurulatih perseorangan lelaki, Datuk Tey Seu Bock, berpindah ke pasukan senior untuk melatih perseorangan lelaki remaja manakala

Hoon Thien How yang sebelum ini mengendalikan sektor beregu wanita senior, kini beralih kepada beregu lelaki remaja.

Satu lagi peralihan membabitkan penolong jurulatih beregu wanita, Miftakh yang kini akan membantu Tan Bin Shen bagi sektor beregu lelaki.

Difahamkan, jurulatih dari Indonesia yang pernah membimbing dua juara dunia perseorangan lelaki pada tahun 2005 dan 2021 berada dalam radar BAM demi mengkuhkan lagi sektor perseorangan. — The Star/R. KIRUBASHINI

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram