Chong Wei jadi 'ramuan' kemenangan Pearly-Thinaah


  • Podium
  • Selasa, 30 Jul 2024

Pearly Tan dan Thinaah menundukkan beregu Indonesia bagi menempah slot ke pusingan suku akhir dalam temasya Olimpik 2024.

PEMAIN beregu wanita, Pearly Tan mengakui bahawa pernah menonton secara diam-diam Datuk Lee Chong Wei beraksi di Sukan Olimpik walaupun semasa dalam kelas tuisyen kerana semangat juang figura itu adalah sesuatu yang memberi inspirasi kepadanya.

Selain Pearly, pasangannya iaitu M. Thinaah juga kagum dengan Chong Wei dengan mahu menunjukkan semangat juang yang sama untuk bermain dalam kehidupan mereka selepas mara ke suku akhir Sukan Olimpik Paris.

Chong Wei ialah atlet Olimpik Malaysia yang paling berjaya apabila memenangi tiga pingat perak berturut-turut dalam perseorangan lelaki pada Sukan Olimpik 2008 Beijing, London 2012 dan Rio de Janeiro 2016.

BACA LAGI: Paris 2024: Pertemuan hidup mati Pearly-Thinaah, beregu Indonesia untuk tamatkan penantian 8 tahun

BACA LAGI: Paris 2024: Pearly-Thinaah tumpaskan beregu Jepun, nyalakan harapan ke pusingan kalah mati

Indonesia's Apriyani Rahayu and Siti Fadia Silva Ramadhanti play against Malaysia's Pearly Tan and Muralitharan Thinaah during their women's doubles badminton group stage match at the 2024 Summer Olympics, Tuesday, July 30, 2024, in Paris, France. (AP Photo/Kin Cheung)

Pearly Tan dan Thinaah berjaya menumpaskan gandingan Indonesia, Apriyani Rahayu-Siti Fadia Silva Ramadhanti.

Pearly-Thinaah yang membesar menyaksikan bekas pemain nombor satu dunia itu beraksi di pentas sukan terhebat dunia kini turut bermotivasi untuk menjadi pemenang pingat di Sukan Olimpik.

"Kami benar-benar terinspirasi apabila menyaksikan Datuk Lee bermain di Sukan Olimpik dan memenangi perak bukan sekali tetapi tiga kali.

“Beliau bersungguh-sungguh dalam setiap perlawanan yang dimainkan dan semangat juang itulah yang menyerlah," kata Thinaah dalam temu bual dengan Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Manakala, Pearly juga menyifatkan semangat juang legenda badminton negara itu menjadi ramuan untuk pasangan beregu wanita berkenaan menewaskan lawan mereka pada Rabu.

“Kami tahu betapa gigihnya Datuk bekerja dan betapa dia mahu meraih pingat emas.

“Ia benar-benar menyedihkan dan saya dapat rasakan betapa sedihnya dia (kerana terlepas) tetapi semangat juangnya benar-benar mengajar saya banyak perkara dan saya mahu menjadi seperti dia," jelasnya.

1817670

Chong Wei sering memberikan kata-kata semangat buat atlet negara.

Akhirnya, usaha pasangan beregu itu membuahkan hasil apabila penantian lapan tahun negara untuk menyaksikan beregu wanita beraksi di pentas suku akhir temasya Olimpik tamat selepas Pearly Tan-M. Thinaah menundukkan gandingan Indonesia, Apriyani Rahayu-Siti Fadia Silva Ramadhanti.

Beregu negara yang berada di kedudukan ke-13 dunia itu melakar kejutan dalam kemenangan straight set 21-18, 21-9 untuk berada di kedudukan kedua Kumpulan A.

Kempen beregu wanita itu bermula dengan langkah kiri selepas tewas 21-17, 21-20 dalam aksi pembukaan kepada Qing Chen-Yi Fan dari China.

Namun, mereka bangkit untuk meraih kemenangan pertama dalam perlawanan kedua apabila menumpaskan juara dunia sebanyak dua kali, Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara 18-21, 21-15, 21-16.

Kemaraan ke pusingan seterusnya sebagai naib juara menyaksikan Pearly Tan-Thinaah mengulangi pencapaian Vivian Hoo-Woon Khe Wei yang meraihnya dalam temasya Olimpik di Rio de Janeiro, Brazil pada 2016. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram