Bengang Arsenal main bertahan, bintang Man City hanya iktiraf Liverpool lawan sebenar


  • Podium
  • Isnin, 23 Sep 2024

Silva (kanan) tidak menganggap Arsenal sebagai seteru mereka.

PEMAIN Manchester City, Bernardo Silva tidak menganggap Arsenal sebagai lawan setaraf dengan mereka dalam misi merebut kejuaraan.

Komen itu dikeluarkan pemain tersebut selepas kedua-dua kelab seri 2-2 di Stadium Etihad dalam pertemuan Liga Perdana Inggeris (EPL) yang cukup hangat.

Bagi pemain antarabangsa Portugal itu, dia mengecam taktikal bertahan dibawa oleh Arsenal ketika hadir bertarung di gelanggang City.

BACA LAGI: Bukan setakat EPL, Man City bakal 'lenyap' dari semua kejohanan

BACA LAGI: [VIDEO] Aksi Haaland baling bola ke kepala Gabriel tidak disedari pengadil lepas Man City ikat Arsenal

stones

Pemain Manchester City meraikan jaringan penyamaan John Stones (tengah).

Dia menganggap satu lagi seteru mereka iaitu Liverpool merupakan lawan sebenar mereka berbanding Arsenal. Hal ini kerana, Liverpool akan tetap menyerang City walaupun beraksi di Etihad.

Malah, Silva menanggap Liverpool setaraf dengan City kerana kedua-dua kelab sudah merangkul gelaran liga serta kejuaraan Liga Juara-Juara UEFA (UCL).

"Perbezaan (antara City dan Arsenal)? Saya tak tahu. Mungkin Liverpool sudah memenangi liga dan Arsenal belum, Liverpool sudah memenangi kejuaraan UCL, Arsenal belum.

"Bila menentang kami, Liverpool akan sentiasa cuba untuk memenangi perlawanan, dari segi perspektif perlawanan bertemu Arsenal, ia tidak sama seperti ketika kami menentang Liverpool.

"Mungkin ya, ada perbezaan antara perseteruan kami," ujar Silva.

Arsenal terpaksa bermain dengan corak bertahan sepanjang separuh masa kedua selepas Leandro Trossard dibuang padang beberapa minit sebelum separuh masa pertama berakhir.

The Gunners yang mendahului 2-1 bertahan habis-habisan sebelum mereka dikecewakan dengan gol oleh John Stones pada masa kecederaan separuh masa kedua memusnahkan impian Arsenal mendapatkan tiga mata. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram