BARU-BARU ini, timbul laporan mengatakan Terengganu FC tidak menyelesaikan bayaran tertunggak dihadapi bekas penyerangnya, Adisak Kraisorn yang beraksi buat pasukan itu musim lalu.
Menurut laporan terbaru, kelab Pantai Timur itu berdepan risiko dikenakan tindakan berat daripada FIFA berbentuk sekatan perpindahan sekiranya tunggakan itu tidak diselesaikan.
Bayaran tertunggak berkenaan sudah tentu membebankan pasukan tersebut kerana berdasarkan laporan semasa, tunggakan gaji itu mencecah enam angka dengan perkara itu berlaku pada 2023.
BACA LAGI: Kebal 12 aksi berturut-turut, fans tagih formula bintang muda Sang Penyu genap semusim lepas
BACA LAGI: Enggan jatuh cinta terlalu awal, fans Sang Penyu tunggu dulu debut kapten El Salvador
Namun, Terengganu FC tampil menafikan dakwaan tersebut dengan mengatakan tunggakan tersebut tidak seteruk seperti mana dilaporkan dengan mereka masih berpeluang menyelesaikannya.
"Pihak Terengganu FC mengakui masih belum menjelaskan gaji Disember 2023 melibatkan lima angka sahaja. Tahanan bayaran dibuat bagi memperhalusi pelbagai perkara melibatkan pemain dengan pihak ketiga seperti sewaan rumah, kenderaan dan hal-hal lain seperti termaktub dalam kontrak.
"Tuntutan selebihnya adalah melibatkan pendahuluan diri, tiket penerbangan dan yuran tandatangan yang berjumlah lima angka sahaja. Ia di dalam kemampuan Terengganu FC untuk menyelesaikannya," katanya.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu, Terengganu FC turut menjelaskan mereka masih memiliki tempoh untuk menyelesaikan tunggakan gaji terhadap Adisak sehingga 15 Oktober depan.
Ini kerana notis daripada FIFA hanya diterima pada 31 Ogos lalu dengan badan pengelola bola sepak antarabangsa itu diberikan masa 45 hari untuk mencari jalan penyelesaian.
Tchetche Kipre pernah mengalami isu tunggakan ketika bersama Terengganu FC. — Facebook/MFL
Malah, Terengganu FC turut menegaskan kelab berkenaan tidak pernah dikenakan hukuman serius daripada FIFA, namun sebelum ini, mereka juga pernah dihantui isu tunggakan gaji.
Hal itu dialami pada 2019 ketika 12 bekas pemain skuad Sang Penyu dilepaskan, tetapi gaji masing-masing yang tertunggak masih belum diselesaikan sehingga masing-masing terpaksa membuat rayuan.
Ini termasuk penyerang merangkap kapten pasukan, Tchetche Kipre yang merupakan pemain import dengan bintang kelahiran Ivory Coast itu mengambil pendirian tidak melakukan laporan rasmi.
Bagaimanapun, masalah itu dapat diselesaikan Terengganu FC dengan isu tunggakan gaji tersebut tidak lagi berulang sehingga laporan mengenai Adisak timbul baru-baru ini.
Melihat kepada status kewangan kelab tersebut, mereka tidak mempunyai sebarang konflik untuk menyelesaikannya memandangkan kelab itu memiliki sumber kewangan kukuh. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram