Hanya ada keturunan Malaysia melalui moyang, Mats Deijl tak jadi sarung jersi Harimau Malaya


  • Podium
  • Selasa, 01 Okt 2024

Mats Deijl tidak akan beraksi untuk Malaysia kerana tidak melepasi syarat kelayakan dari FIFA.

KHABAR duka buat penyokong tanah air apabila pertahanan kelahiran Belanda, Mats Deijl tidak melepasi syarat Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) untuk mewakili Harimau Malaya.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang mengesahkan bahawa pemain kelab Go Ahead Eagles, Mats Deijl tidak melepasi syarat kelayakan untuk menyertai skuad Harimau Malaya.

"Ia selepas berdasarkan dokumentasi-dokumentasi yang dilampirkan, didapati bahawa pemain berusia 27 tahun itu hanya mempunyai darah keturunan Malaysia melalui moyang dan bukannya melalui datuk atau nenek seperti mana yang ditetapkan dalam syarat FIFA," katanya.

BACA LAGI: 'Berjaya tewaskan Shanghai bermakna JDT sedia jadi pencabar', Jordi Amat waspada 'set piece', ketinggian lawan

BACA LAGI: STL 2024: Pemergian import Kelantan, perang mulut jurulatih antara 3 kejutan GP Terengganu

Mats Deijl..

Mats Deijl beraksi untuk Go Ahead Eagles di divisyen teratas Belanda. — Instagram/Mats

Sebelum ini, Mats Deijl menunjukkan minatnya untuk mewakili pasukan kebangsaan dan FAM dimaklumkan bahawa pemain berkenaan mempunyai darah keturunan Malaysia.

Justeru FAM sejak dari 27 Jun 2024 sudah pun dapat menghubungi secara rasmi kelab, ejen dan pemain itu sendiri bagi membincangkan mengenai kelayakannya untuk bermain dengan pasukan kebangsaan Malaysia.

Hasil perbincangan, pemain tersebut telah memberikan dokumen-dokumen berkaitan susur galur keluarganya yang menunjukkan dia mempunyai hubung kait dengan negara Malaysia termasuk sijil lahir miliknya, ayahnya, datuknya (sebelah ayah) serta pengesahan kelahiran moyangnya (sebelah ayah) iaitu ibu kepada datuk pemain tersebut.

Berdasarkan jawapan FIFA itu, FAM mengesahkan bahawa pemain terbabit tidak dapat mewakili pasukan kebangsaan disebabkan darah keturunan Malaysia adalah daripada moyangnya (ibu kepada datuk pemain) dan bukan di peringkat datuk atau nenek pemain seperti mana syarat ditetapkan oleh FIFA.

FAM bagaimanapun tetap berterima kasih kepada pemain ini atas minat dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh Mats Deijl untuk mewakili Harimau Malaya namun ia tidak dapat direalisasikan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram