'Jangan buat silap sama', fans TFC ‘ajar’ Tomi jangan keluarkan pemain 'on form' semasa perlawanan


  • Podium
  • Rabu, 25 Sep 2024

Tomislav Steinbruckner menjadi kritikan penyokong Terengganu kerana kesilapan taktikalnya.

TERENGGANU FC perlu memastikan tiga mata berjaya diraih mereka dalam perlawanan kedua Piala Shopee bertemu kelab Vietnam, Dong A Thanh Hoa pada Rabu.

Selepas tumpas kepada kelab Kemboja, Svay Rieng, Terengganu pastinya tidak mahu kalah lagi terutamanya beraksi di depan penyokong sendiri.

Sebagai rekod, Terengganu kalah aksi pertama Kumpulan A Piala Shopee 2-3 pada perlawanan pertama yang diadakan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak.

BACA LAGI: Beri 3 lagi peluang atau kembalikan Tomislav ke posisi asal — Legend Peteh

BACA LAGI: Pemain utama kurang sengat, trio simpanan balas kepercayaan Tomislav

461327435_519426904132082_7255278471877794310_n

Steinbruckner diminta untuk tidak melakukan kesilapan serupa berdepan Dong A Thanh Hoa.

Kini menduduki kedua terbawah carta dan sekali lagi bermain di depan penyokong sendiri, Terengganu semestinya tidak mahu kalah walaupun bertemu pendahulu kumpulan.

Namun begitu, kerisauan dalam kalangan penyokong Terengganu kelihatan apabila memikirkan mengenai taktikal pengendali, Tomislav Steinbruckner.

Pengendali dari Croatia itu sebelum ini dilihat melakukan kesilapan dalam percaturan taktikalnya apabila sering mengeluarkan pemain yang berprestasi baik pada separuh masa kedua.

Penyokong Terengganu berharap yang Steinbruckner tidak lagi melakukan perkara sama apabila bertemu Dong A Thanh Hoa.

"Barisan kejurulatihan janganlah buat kesilapan sebelum ini, pemain tengah perform dekat padang, masa separuh masa kedua dibawa keluar dan masukkan pemain yang langsung tidak memberi kekuatan di barisan depan dan akhirnya kita terpaksa bertahan dan menyebabkan Terengganu kecundang," kata penyokong bernama Harun Othman.

"(Bahagian) tengah memang mantap, tapi bila sampai depan, bola mudah hilang di kaki penyerang. Bola terlalu banyal digerakkan (secara) solo melalui tengah, bukan diangkat dari tepi melalui sayap seperti kelaziman dilakukan oleh Nafuzi Zain sebelum ini. Harap ada perubahan taktikal dan idea-idea baru dari bahagian tengah kita. Harus berani bawa bola ke kotak penalti, semoga TFC menang besar," komen Hafiz Harun pula.

"Taktikal Mr. Bean. Bawa keluar dua penyerang nak menang macam mana? Malam ni dia bawa keluar tiga pertahanan main satu je," perli Shahrul Izwan yang tidak senang dengan taktikal Steinbruckner. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram