MALAM gemilang Harimau Malaya mengikat seri Korea Selatan dengan keputusan 3-3 dalam aksi terakhir Kumpulan E Piala Asia 2023 di Stadium Al Janoub, Doha, Qatar pada Khamis masih menjadi bualan penyokong.
Tiga jaringan dari Harimau Malaya dicetak Faisal Halim pada minit ke-51, sepakan penalti sempurna Arif Aiman Hanapi pada minit ke-62 dan pemain gantian, Romel Morales berjaya menyamakan kedudukan pada babak kecederaan.
Dari semua jaringan yang dicetak oleh tiga pemain berkenaan, gol cantik penyerang sensasi, Faisal Halim pada minit ke-51 juga menarik perhatian penyokong global sehingga dilabel sebagai ‘Goal of the tournament' bagi kejohanan tertinggi Piala Asia.
Bukan itu sahaja, jaringan gol dari Faisal turut diakui oleh sebuah media lawak antarabangsa, Troll Football Media yang berkongsi video tersebut melalui laman sosial X pada Khamis.
Gol sulung Harimau Malaya yang disumbang oleh penyerang sayap Gergasi Merah berkenaan wajar menerima pujian apabila pemain bertubuh kecil itu berhasil menggelecek pertahanan kelab Bayern Munich, Kim Min-jae sebelum melakukan rembatan ke gawang Taeguk Warriors, sekali gus berpotensi untuk tercalon Anugerah Puskas.
BACA LAGI: [VIDEO] Intan Serah salah maki KPG, nak Pawi tapi Romel Morales menjadi
Malah, ada juga penyokong menyamakan gol cantik Faisal itu persis dengan gaya legenda Barcelona, Gerard Pique ketika menentang Real Madrid dalam aksi El Clasico pada musim 2009.
Ketika itu, Pique berjaya memperdaya legenda Real Madrid, Zinedine Zidane dengan jaringan epik dari bek tengah Sepanyol itu membantu Barcelona menang besar 6-2 ke atas skuad Los Blancos.
Selain Pique, juga ada penyokong melihat jaringan Faisal menyerupai gol Sadio Mane ketika membantu Liverpool menang 3-1 ke atas Bayern Munich dalam aksi pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah (UCL).
BACA LAGI: [VIDEO] Terciduk di tangan Harimau Malaya, bintang Spurs dalam poket double D
Dalam perkembangan sama, keputusan seri itu sedikit sebanyak mengubat luka Malaysia yang terpaksa menerima hakikat gagal ke pusingan 16 selepas hanya meraih satu mata dan menghuni kedudukan keempat Kumpulan E.
Terdahulu, Malaysia tewas dalam dua aksi pertama Kumpulan E masing-masing tumpas 0-4 di tangan Jordan dan 0-1 kepada Bahrain. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram