Arne Slot dedah guna taktikal baharu aksi 'debut' bersama Liverpool


  • Podium
  • Jumaat, 16 Ogos 2024

Slot berharap barisan pemainnya dapat memanfaatkan segala pengalaman pada aksi pra-musim untuk aksi pertama di Liga Perdana nanti.

PENGURUS Liverpool, Arne Slot memberikan pandangan kepada peminat mengenai corak permainan yang boleh mereka harapkan di bawah bimbingannya menjelang musim baharu Liga Perdana Inggeris (EPL).

The Reds memulakan kempen menentang Ipswich Town, pada Sabtu dalam usaha mereka untuk mengatasi Manchester City sekali gus meraih gelaran Liga Perdana.

Selepas hampir sembilan tahun meraih kejayaan di bawah bimbingan Jurgen Klopp yang antaranya menghadiahkan gelaran Liga Perdana, Liga Juara-Juara dan Piala FA, semua mata akan tertumpu kepada Slot dan pemainnya untuk meneruskan momentum itu.

BACA LAGI: [VIDEO] Bersara dari bola sepak, Zaquan Adha ceburi badminton siapkan diri ikut 'tournament'

BACA LAGI: [VIDEO] Endrick dos Santos sah ke Vietnam; Sumareh-Nazmi Faiz antara bintang JDT patut 'request loan'

Beliau memulakan tugasnya sebagai pengganti Klopp dengan baik, tetapi aksi pramusim kini tidak lagi penting kerana aksi sebenar akan bermula.

"Kebanyakan pengurus akan memberikan jawapan yang sama, semuanya mahukan penguasaan bola dan memberi tekanan tinggi kepada lawan dan itu jugalah yang saya mahukan.

"Ia bukan mengenai apa yang anda mahu, tetapi apa yang anda perlu tunjukkan, dan saya rasa anda dapat melihat pada perlawanan kami semasa aksi pra-musim bahawa terdapat banyak persamaan dengan gaya yang diterapkan oleh Jurgen," katanya.

Slot berharap barisan pemainnya dapat memanfaatkan segala pengalaman pada aksi pra-musim untuk aksi pertama di Liga Perdana nanti.

"Saya tidak pasti sama ada mereka mempelajarinya (pada aksi pra-musim) tetapi kebanyakan mereka masih muda.

"Pemain muda sentiasa mahu mendapatkan gol pada setiap saat, yang kadang-kadang adalah perkara yang baik untuk dilakukan.

"Tetapi jika anda terpaksa banyak berlari untuk mendapatkan bola kembali, ia juga tindakan yang kurang bijak," katanya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram