[VIDEO] Buat aksi lucah lepas dengar nama Messi, CR7 berdepan hukuman berat


  • Podium
  • Rabu, 28 Feb 2024

Siasatan sedang dilakukan atas kelakuan tidak sopan daripada Cristiano Ronaldo selepas wisel penamat ditiupkan. — Agensi

LEGENDA bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo kini sekali lagi terpalit dengan kontroversi berikutan aksi tidak sopan dilakukannya baru-baru ini.

Dalam aksi antara Al Nassr dan Al Shabab dalam Liga Pro Arab Saudi pada Isnin, kapten Portugal itu kelihatan meraikan kemenangan secara keterlaluan.

Tindakan itu dibuat selepas penyokong lawan bersorak nama seorang lagi legenda bola sepak, Lionel Messi yang merupakan pesaingnya untuk bertahun-tahun lamanya.

Meskipun tidak sempat direkodkan, klip pendek itu kini tular di media sosial dengan Cristiano Ronaldo seakan-akan melakukan aksi lucah di hadapan orang ramai.

Situasi berkenaan mendesak Persatuan Bola Sepak Arab Saudi (SAFF) untuk melakukan penyiasatan selepas media di negara tersebut meminta agar pemain itu didenda dengan setimpal.

BACA LAGI: [VIDEO] Liga Arab Saudi lebih baik berbanding Ligue 1 — Cristiano Ronaldo

Kelakuan tersebut membolehkan Cristiano Ronaldo didenda dengan hebat daripada SAFF.

BACA LAGI: [VIDEO] Cristiano Ronaldo perang mulut dengan bekas bintang Liverpool lepas aksi di Arab Saudi

Kedua-dua ikon sukan tersebut sering dibandingkan sepanjang karier masing-masing, terutamanya ketika mereka masih beraksi di Sepanyol bersama Real Madrid dan Barcelona.

Tetapi, dengan usia masing-masing sudah semakin lanjut ketika ini, perdebatan hangat dalam kalangan penyokong bola sepak juga sudah semakin lesap ditelan zaman.

Ia bukanlah kali pertama penyerang terbabit berdepan hal sebegitu selepas kontroversi sama turut diajukan terhadapnya setelah kekalahan Al-Nassr kepada Al-Hilal.

Bagaimanapun, isu terbabit tidak dibincangkan secara mendalam, sekali gus menyaksikan Cristiano Ronaldo terlepas daripada sebarang hukuman.

Kemenangan 3-2 Al-Nassr ke atas Al-Shabab itu menyaksikan bekas pemain Manchester United berkenaan menjaringkan satu gol sementara dua lagi disumbangkan Talisca.

Bagi Al-Shabab yang merupakan tuan rumah pula, gol mereka diperolehi menerusi penalti Yannick Ferreira Carrasco dan satu lagi daripada Carlos.

Tiga mata yang dikutip Al-Nassr itu menyaksikan jarak mereka berbanding pendahulu, Al-Hilal kekal tujuh mata selepas 21 perlawanan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram