Balik awal lagi, Lee Zii Jia sedar perlu segera bangkit di All England


  • Podium
  • Jumaat, 08 Mac 2024

Lee Zii Jia tumpas pada pusingan pertama Terbuka Perancis. — Agensi

SELEPAS sekali lagi terpaksa menangungg kekalahan, pemain badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia akui yang dia perlu bangkit dengan mendadak pada kejohanan seterusnya.

Pemain yang menduduki tangga ke-10 dunia itu menyedari dia perlu memberikan persembahan memukau selepas terkandas awal di kejohanan Terbuka Perancis.

Zii Jia terpaksa pulang awal selepas kalah di pusingan pertama kejohanan tersebut kepada wakil Denmark, Magnus Johannesen dengan keputusan 15-21, 19-21.

Untuk rekod, pemain daripada Denmark itu berada pada ranking lebih bawah daripada Zii Jia dengan dia berada di tempat ke-33 dunia.

Kini, fokus Zii Jia harus dihalakan kepada kejohanan All England dengan dia mesti memberikan persembahan cemerlang apabila berada di sana.

"Johannesen bermain dengan cukup baik dalam perlawanan. Sejujurnya, saya tidak mengawal permainan dengan baik.

"Saya ada peluang untuk mencipta perbezaan dalam beberapa mata terakhir dalam permainan kedua tetapi saya tidak mampu melakukannya," kata Zii Jia.

BACA LAGI: Susah nak uruskan pemain wanita', Rexy 'hint' gandingan Pearly-Thinaah ada masalah?

Malaysia's Lee Zii Jia gestures during his men's singles semifinal match at the All England Open Badminton Championships against India's Lakshya Sen, in Birmingham, England, Saturday, March 19, 2022. (AP Photo/Rui Vieira)

Zii Jia perlu lakukan kebangkitan mendadak di All England. — Agensi

BACA LAGI: Dapat bajet tertinggi RTG, badminton kekal sukan harapan buru emas Olimpik

Dengan penurunan prestasi yang dihadapinya, sudah pasti ramai yang risau dengan persembahan Zii Jia terutamanya menjelang Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis.

Oleh itu, dia perlu bangkit dan memberikan persembahan memukau di All England sebagai salah satu kenyataan yang dia masih mampu mencabar kejuaraan dan membawa pulang pingat buat Malaysia kelak.

Di All England, Zii Jia bakal berdepan cabaran sukar apabila diundi bertemu pemain Jepun, Kodai Naraoka yang berada di tempat ke-6 dunia.

Jika berjaya menewaskan pemain tersebut, Zii Jia akan bertemu Loh Kean Yew dari Singapura di pusingan seterusnya dan berdepan wakil Denmark, Anders Antonsen di suku akhir seandainya berjaya mara ke fasa tersebut.

All England merupakan kejohanan yang amat digemari Zii Jia apabila sering cemerlang ketika di sana. Rekod terbaik pernah dilakukan pemain tersebut adalah menjadi juara kejohanan tersebut pada edisi 2021. — THE STAR/R. KIRUBASHINI

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram