BINTANG badminton perseorangan negara, Lee Zii Jia berjaya menempah tiket ke Chengdu, China untuk beraksi dalam Piala Thomas yang akan berlangsung dari 28 April sehingga 5 Mei.
Berdasarkan senarai dikeluarkan, pemain berusia 26 tahun berkenaan akan beraksi dalam kategori perseorangan lelaki ialah Ng Tze Yong, Leong Jun Hao, Cheam June Wei dan Justin Hoh.
Perkhabaran tersebut pastinya cukup menggembirakan peminat badminton negara serta Zii Jia sendiri yang bakal berentap dalam suku akhir Kejohanan Asian di China.
Selain mengeluarkan senarai untuk kategori berkenaan, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) turut mengumumkan barisan pemain bagi beregu lelaki.
Beregu no 5 dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan pasangan meningkat naik Goh Sze Fei-Nur Izzudin Rumsani dipilih sementara Mohd Haikal Nazri turut tersenarai dengan pemilihannya mencetuskan kejutan.
BACA LAGI: Balik awal lagi, Lee Zii Jia sedar perlu segera bangkit di All England
Rexy akui senarai pemain negara kali ini adalah cukup baik untuk Piala Thomas dan Piala Uber.
BACA LAGI: Zii Jia masih berteka-teki sertai Piala Thomas, Norza pesan perlu beraksi demi negara
Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky berkata, senarai yang dikeluarkan merupakan antara yang terkuat menjelang saingan Piala Thomas kali ini.
"Kami sudah membuat pemerhatian mendalam terhadap prestasi pemain beberapa bulan kebelakangan ini. Setelah membuat penilaian akhir, barisan kejurulatihan sudah membuat keputusan.
"Saya yakin bahawa mereka yang terpilih mempunyai semangat berkobar-kobar untuk beraksi dalam kejohanan berkumpulan terbaik di dunia," katanya.
Pasukan wanita yang bakal beraksi dalam Piala Uber pula menyaksikan Goh Jin Wei tersenarai sebagai pemain perseorangan dengan K Letshanaa, Wong Ling Ching, Siti Nurshuhaini Azman dan Siti Zulaika Azmi turut terpilih.
Bagi kategori beregu pula, Teoh Mei Xing-Teoh Mei Xing-Go Pei Kee, Tan Zhing Yi-Ho Lo Yee dan Chan Wen Tse tersenarai sementara Pearly Tan-Thinaah disisihkan bagi memberi peluang untuk fokus di Olimpik 2024. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram