'Tackle kasar' diganti sentuhan, ragbi rimau minimal kecederaan, sesuai dimainkan murid sekolah


  • Podium
  • Sabtu, 28 Sep 2024

Ragbi sentuh turut dimainkan oleh murid perempuan.

USAHA Persatuan Ragbi Sentuh Malaysia (MTA) untuk memperkukuhkan sukan itu di peringkat sekolah mula disambut baik oleh guru-guru di peringkat akar umbi.

Ia selepas MTA menghantar pasukan untuk mewakili negara dalam kejohanan Piala Dunia Ragbi Sentuh tahun ini di England.

Sukan itu mula membuka mata ramai pihak termasuk ibu bapa akan kemampuan ragbi sentuh bertanding di peringkat antarabangsa.

BACA LAGI: 'Tak sama macam rugby union', Dr Hazwan setuju ragbi sentuh beri risiko kecederaan lebih rendah

BACA LAGI: 'KBS ada beri RM48,000', MTA harap ragbi sentuh jadi sukan teras di Malaysia

Guru merangkap jurulatih ragbi sentuh di Sekolah Kebangsaan (SK) Abdul Rahman Yassin, Azfar Afandi Ahmad Nazri, 32, menyifatkan ragbi sentuh mudah diperkenalkan di peringkat sekolah.

"Ragbi sentuh adalah pengenalan bagi sukan ragbi yang sebenar yang mudah diperkenalkan di peringkat umur sekolah rendah.

"Pada saya sebagai seorang jurulatih memperkenalkan sukan ragbi sentuh di sekolah rendah adalah sangat bagus kerana ia membuka minda ibu bapa.

"Ini kerana bukan semua sukan ragbi seperti yang ditonton di kaca televisyen ataupun YouTube malah ragbi sentuh boleh dimainkan oleh semua lapisan masyarakat," katanya kepada Majoriti.

WhatsApp Image 2024-09-27 at 2.26.57 PM

Ragbi sentuh lebih selamat dimainkan untuk peringkat kanak-kanak sekolah rendah.

Bersetuju dengan pandangan itu, Pengarah Perubatan dan Kebajikan Pemain Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM), Dr. Muhammad Hazwan Khair memberi pandangan mengenai kadar minimum kecederaan ragbi sentuh.

Abdul Rahman berasakan kadar pertembungan yang berlaku sangat kurang dalam sukan ragbi sentuh.

"Kadar kecederaan yang berlaku itu ada tapi bukanlah dalam kadar yang serius, kerana kadar pertembungan yang berlaku adalah sangat kurang.

"Ini kerana ia dimainkan secara sentuhan yang mana kalau di peringkat sekolah menengah, tindakan 'tackle' itu digantikan dengan sentuhan.

"Pada cadangan saya ragbi sentuh ini boleh diperkenalkan mengikut peringkat daerah.

"Dahulu ada satu program di bawah Program Pembangunan Ragbi Negara (NRDP) yang saya sangat kagum dan menyokong program Get Into Rugby.

"Jurulatih dari program NRDP turun ke daerah buat program pengenalan kepada murid-murid dan guru untuk memperkenalkan ragbi kepada masyarakat atau daerah tersebut.

"Selain itu pengerusi teknik ragbi daerah boleh membuat kursus asas bagi menarik minat guru-guru untuk mewujudkan pasukan ragbi sekolah.

Ragbi Sentuh

MTA mahu fokus ragbi sentuh di peringkat sekolah.

Tambahnya lagi, walaupun mendapat halangan ibu bapa mengenai penyertaan anak-anak muridnya dalam sukan ragbi sentuh, Abdul Rahman mengambil inisiatif untuk menjelaskan supaya mereka faham akan sukan ini.

"Pada awalnya, ada ibu bapa yang menghalang sebab bila dengar ragbi sahaja bayangan ibu bapa ialah bermain secara 'tackle' atau rempuh.

"Tapi sebagai jurulatih kita kena mempromosikan sukan ragbi sentuh atau juga dikenali dengan ragbi rimau di peringkat sekolah rendah, kepada ibu bapa dengan betul.

"Macam saya, saya banyak memberikan video ragbi rimau yang pernah dimainkan di peringkat Majlis Sukan Sukan Malaysia (MSSM) kepada ibu bapa untuk tunjukkan bahawa ragbi rimau atau sentuh ini tidak berbahaya.

"Harapan saya agar sukan ragbi ini dapat berkembang ke semua sekolah seperti sukan bola sepak yang mana semua murid atau pelajar tahu," jelasnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram