Selangor kekalkan 2 import projek naturalisasi, tapi fans masih tagih khidmat Ayron del Valle


  • Podium
  • Sabtu, 27 Jan 2024

Musim lalu, Ayron menjaringkan 24 gol dan enam 'assist' buat Selangor sepanjang 31 penampilannya bersama Gergasi Merah. — Selangor FC

SELANGOR FC sudah memulakan persiapan untuk menghadapi saingan musim depan apabila telah mengumumkan beberapa pemain yang kekal beraksji bersama Gergasi Merah pada musim depan.

Gergasi Merah yang akan bersaing dalam Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL 2) pada musim depan memerlukan pemain yang terbaik untuk menggalas cabaran mereka di pentas Asia itu.

Malah, berita gembira buat penyokong Selangor apabila pihak pengurusan berjaya mengekalkan jeneral tengah Jordan, Noor Al-Rawabdeh yang kini cemerlang bersama pasukan kebangsaannya dalam Piala Asia.

Selain itu beberapa tonggak utama dan muda seperti Sam Somerville, Azrin Afiq, Fazly Mazlan, Izwan Yuslan antara pemain yang akan meneruskan khidmat mereka bersama Selangor musim depan.

BACA LAGI: Mungkin berhijrah ke Korea Selatan, saham Syihan Hazmi melonjak selepas cemerlang bantu Harimau Malaya

Bukan sahaja Al-Rawabdeh, dua import muda Selangor yang cemerlang bersama pasukan sejak beberapa musim kebelakangan ini juga kekal iaitu Alexander Agyarkwa dan Richmond Ankrah.

Apa yang lebih menarik lagi, dua pemain asing kelahiran Ghana itu hanya memerlukan satu atau dua musim lagi untuk layak menyarung jersi Harimau Malaya jika mereka masih kekal dengan prestasi yang menakjubkan.

Pengumuman yang dibuat oleh pihak pengurusan Selangor itu mendapat sambutan positif daripada ramai pihak apabila mereka setuju Gergasi Merah mengekalkan Agyarkwa dan Richmond sebagai aset masa panjang pasukan.

"Bakal naturalisasi Selangor ke ini?" soal Shfrol.

"Yes! Agyarkwa masih kekal dengan Gergasi Merah," jelas Zolphatlee.

"Selangor dah boleh naturalisasikan Agyarkwa," ujar Fsl Kurok.

BACA LAGI: Peluk bersama hargai fans Harimau Malaya, bagai petanda duo JDT ke Pantai Timur semakin hampir

Namun di sebalik kegembiraan penyokong Selangor, mereka masih menagih khidmat penjaring terbanyak Liga Super, Ayron del Valle.

"Ayron mana Ayron"? soal Rashidredha.

"Ayron 'rumours' tak sambung kontrak, dalam Transfermarkt pun dah jadi ejen bebas," ujar Nazmi Nami.

"Ayron dah main kelab dekat Colombia?" luah Hazzfelix.

Difahamkan, Ayron memilih untuk tidak kekal dengan Selangor meskipun cemerlang bersama pasukan itu selepas mendapat tawaran kontrak daripada luar negara.

Musim lalu, Ayron menjaringkan 24 gol dan enam 'assist' buat Selangor sepanjang 31 penampilannya bersama Gergasi Merah. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram