[VIDEO] Hanya kerana pengulas, seluruh fans Indonesia mula jatuh hati dengan Malaysia


  • Podium
  • Sabtu, 27 Jan 2024

Indonesia akan berdepan dengan Australia dalam pusingan 16 terbaik.

PENGULAS perlawanan bola sepak di antara Oman dan Republik Kyrgyzstan mendapat pujian daripada seluruh rakyat Indonesia kerana semangat dalam bertutur kata selepas Sang Garuda berjaya layak ke pusingan 16 Piala Asia pada Khamis.

Individu itu adalah Aiman Roshizam ataupun lebih dikenali sebagai Aiman Sekaiichi oleh seluruh penyokong bola sepak tempatan.

Aiman yang mempunyai suara luar biasa ketika mengulas itu memberikan pengalaman berbeza kepada penyokong yang melihat perlawanan di kaca televisyen setiap kali beliau menjadi pengulas.

Pengalaman ini turut dirasai penyokong Indonesia selepas mendengar kata-kata Aiman yang memberikan sokongan kepada Sang Garuda layak ke pusingan ke-16 Piala Asia selepas keputusan seri 1-1 Oman dan Republik Kyrgyzstan.

Menerusi video yang dimuat naik oleh Timnas Garuda Jaya, mereka mengucapkan terima kasih kepada Aiman kerana bangga dengan pencapaian Indonesia.

BACA LAGI: [VIDEO] Contohi Ivan Mamut, kelab Liga M wajar intai 3 penyerang baka Balkan

BACA LAGI: Mungkin berhijrah ke Korea Selatan, saham Syihan Hazmi melonjak selepas cemerlang bantu Harimau Malaya

Dalam video itu tertulis kapsyen mereka menghormati Malaysia kerana berbeza mentalitinya meskipun Sang Garuda merupakan musuh utama dalam bola sepak.

"Ini di TV Malaysia, mereka sangat bangga Indonesia berjaya melepasi peringkat kumpulan.

"Respect dengan Malaysia, salam serumpun," katanya.

Untuk rekod, Indonesia menjadi pasukan terakhir yang layak ke pusingan 16 kerana memerlukan Oman untuk tidak mencatat kemenangan menentang Republik Kyrgyzstan.

Indonesia akan bertemu Australia di pusingan 16 Piala Asia pada Ahad, manakala sebuah lagi pasukan Asia Tenggara, Thailand akan bertemu Uzbekistan pada Selasa. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram