Angkara kritik Pan-gon, FAM panggil Intan 'serah diri'


  • Podium
  • Sabtu, 27 Jan 2024

Intan mengakui kesilapannya dan memohon maaf atas ciapan yang mengkritik keputusan Pan-gon memasukkan

PEMAIN bola sepak wanita kebangsaan, Intan Sarah bakal dikenakan tindakan disiplin oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) gara-gara memuat naik ciapan mengherdik ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon semasa perlawanan Malaysia menentang Korea Selatan pada Khamis lalu.

Dalam ciapan itu, Intan secara terbuka mengutuk pemilihan pemain oleh Pan-gon dengan melabelnya ia pertukaran yang bodoh.

Tindakan bekas pemain New York Dutch Lions FC itu mendapat kecaman daripada ramai pihak selepas pemain pilihan Pan-gon, Romel Morales berjaya menjadi wira Harimau Malaya untuk mengikat kedudukan 3-3 menentang Korea Selatan.

BACA LAGI: Selangor kekalkan 2 import projek naturalisasi, tapi fans masih tagih khidmat Ayron del Valle

KPG

Ciapan yang dimuat naik oleh Intan namun telah dipadam.

Memetik laporan Berita Harian, FAM akan memanggil Intan Sarah susulan tindakan pemain itu mengkritik jurulatih Pan- gon secara terbuka menerusi platform X.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman menjelaskan Intan Sarah yang lebih dikenali sebagai Intan Serah itu tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sebegitu apatah lagi dengan statusnya sebagai pemain kebangsaan.

"Kita akan panggil Intan Sarah dan menilai kenyataan yang beliau masukkan di media sosial itu. Kita tengok dulu (untuk sebarang tindakan) kenyataan itu.

"Kita sentiasa mengingatkan pemain supaya sentiasa berhati-hati dalam memberi kenyataan," katanya.

Menerusi ciapan yang sudahpun dipadam, Intan menciap 'another stupid sub from' KPG (Kim Pan-gon) masukkanlah Pawi (Safawi Rasid)' selepas Pan-gon mengeluarkan penyerang utama, Darren Lok dan memasukkan Romel Morales.

BACA LAGI: Mungkin berhijrah ke Korea Selatan, saham Syihan Hazmi melonjak selepas cemerlang bantu Harimau Malaya

Namun begitu, Intan mengakui kesilapannya itu dan memohon maaf atas ciapan yang dilakukannya itu sambil berkongsi fotonya bersama Pan-gon.

"Ia adalah saat emosi mengawal saya di mana ciapan itu dilakukan ketika perlawanan, saya minta maaf atas apa yang saya katakan.

"Tetapi saya akui salah saya dan saya hormat semua orang terutamanya pemain dan jurulatih KPG. Selamat maju jaya dan buat yang terbaik untuk perlawanan seterusnya," jelas Intan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram