TFC, KL City dapat ‘durian runtuh’ bertanding Piala Shopee


  • Podium
  • Jumaat, 27 Sep 2024

Terengganu (jersi putih) antara wakil Malaysia di Piala Shopee.

DARI segi taraf, saingan Kejohanan Kelab-Kelab Asean atau Piala Shopee mungkin tidaklah sehebat Liga Juara-Juara AFC (ACLE) dan Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2).

Hal ini kerana, dua kejohanan anjuran Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) itu berskala besar melibatkan seluruh benua manakala Piala Shopee hanya melibatkan kelab-kelab Asia Tenggara.

Namun begitu, Persatuan Bola Sepak Asean (AFF) memastikan yang saingan anjuran mereka tetap berprestij untuk semua kelab bertanding.

BACA LAGI: [VIDEO] Jaringan Brendan Gan imbau derita bersejarah Indonesia

BACA LAGI: 'Anak emas buat gol sendiri' TFC curi 1 mata, seri melawan kelab Vietnam

Dengan mendapat tajaan daripada syarikat e-dagang terkemuka iaitu Shopee sebagai penaja kejuaraan (title sponsor), saingan Piala Shopee memastikan setiap kelab yang bertanding mendapat imbuhan berbaloi apabila mewakili negara masing-masing.

Menurut Asean Football, setiap kelab yang bertanding akan menerima RM41,212 ($10,000) bagi perlawanan diharungi mereka. Malah, jumlah itu akan bertambah berdasarkan prestasi dilakukan mereka.

Jika mengikut perkiraan, kedua-dua wakil negara iaitu Terengganu FC dan Kuala Lumpur Cty FC dijamin habuan sebanyak RM206,060 ($50,000) kerana beraksi dalam lima perlawanan peringkat kumpulan Piala Shopee.

Jumlah itu mungkin berbeza bergantung kepada prestasi mereka dan sejauh mana kemaraan kedua-dua kelab dalam pertandingan tersebut.

Lebih menarik, kos penerbangan pergi balik akan ditanggung sambil penginapan di hotel berstatus lima bintang turut disediakan bagi pasukan pelawat.

Malah, Shopee sebagai penaja kejuaraan turut mengambil inisiatif menyediakan papan iklan LED secara percuma di setiap stadium yang digunakan untuk tujuan publisiti.

Penaja itu menggunakan sistem jana kuasa sendiri dan ia tidak membebankan kelab-kelab bertanding untuk berbelanja besar dalam kejohanan tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram