‘Tak boleh diharap’, ekor Garuda kecewa Malaysia gagal sekat Bahrain, tipiskan peluang Indonesia untuk mara


  • Podium
  • Ahad, 21 Jan 2024

Malaysia gagal menghalang Bahrain walaupun beraksi baik. — Facebook/FAM

MALAYSIA terpaksa menelan perit kekalahan apabila tumpas 0-1 kepada Bahrain pada aksi kedua peringkat kumpulan Piala Asia 2023.

Jaringan minit-minit akhir oleh Ali Madan pada masa kecederaan separuh masa kedua sudah cukup untuk membuatkan Harimau Malaya berputih mata dan terpaksa pulang awal dari kejohanan.

Walaupun bermain dengan baik sambil mempunyai beberapa peluang untuk membolos pintu gol Bahrain, namun Harimau Malaya gagal untuk menyempurnakan kesemuanya.

Kekalahan kepada Bahrain nyata diratapi oleh kesemua penyokong Malaysia, tetapi ada sekumpulan pendukung yang turut kecewa dengan keputusan tersebut.

BACA LAGI: Dalam diam, Daud Bakar berjaya tarik jenama makanan tersohor ke Darul Aman

Mereka adalah penyokong Indonesia. Kenapa mereka kecewa? Hal ini kerana, mereka berharap Malaysia sekurang-kurangnya dapat mengikat Bahrain jika tidak berjaya menang.

Pada logik mereka, jika keputusan seri berjaya diraih, Malaysia akan membuka jalan buat Indonesia untuk mara ke pusingan kalah mati sebagai antara pasukan tempat ketiga terbaik (third best placed team).

Namun malangnya, hajat itu tidak terlaksana, lalu mereka melepaskan amarah mereka dengan mengatakan Harimau Malaya sebagai pasukan 'tidak boleh diharap'.

BACA LAGI: 'Semoga Malaysia kalah', ekor Garuda doa HM jadi mangsa 'lauk' Bahrain

"Pasukan jiran memang tidak boleh diharap. Semoga Indonesia berusaha keras sendiri untuk layak ke pusingan seterusnya dan membuat kejutan bertemu Jepun," kata penyokong Indonesia bernama Ari.

"Tak boleh diajak kerjasama negara ni," komen Dikiwwyd pula.

"Tak boleh diharap," kecam Abdillah Maulana.

"Jangan terbiasa bergantung kepada orang lain, yang boleh selamatkan diri kita adalah diri sendiri," ujar Abdul Baron.

BACA LAGI: 'Semoga Malaysia kalah', ekor Garuda doa HM jadi mangsa 'lauk' Bahrain

Walaupun ramai yang kecewa dengan keputusan itu, tetapi ada juga gembira melihat Malaysia kalah. Mana tidaknya, musuh tradisi bukan?

Tetapi, itu adalah satu pemikiran yang jangka pendek kerana kekalahan Malaysia mengecilkan peluang Indonesia untuk mara.

"Yang gembira tengok Malaysia kalah itu tak tahu hasil kekalahan itu akan beri kesan kepada Timnas Indonesia," ujar penyokong bernama Adi Ant.

"Gol minit-minit terakhir 90+5. Sedih sangat," kata Husfanul Akbar pula.

Dengan kekalahan ini, Malaysia sudah tersingkir daripada Piala Asia 2023 dan aksi menentang Korea Selatan adalah sekadar perlawanan pelengkap jadual. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram