INDONESIA berada di awang-awangan selepas berjaya mendapatkan tiga mata pertama mereka dalam saingan Piala Asia 2023 setelah membenam Vietnam 1-0.
Jaringan sepakan penalti Asnawi Mangkualam sudah cukup untuk memberikan tiga mata buat skuad Garuda dan sekali gus menghantar Vietnam pulang awal dari kejohanan tersebut setelah mereka mengalami dua kekalahan.
Motivasi nyata tinggi buat Indonesia terutamanya dalam kalangan penyokong mereka yang mahukan pasukan itu mencipta kejutan sekali lagi apabila bertemu Jepun di perlawanan terakhir peringkat kumpulan.
BACA LAGI: Pindah kelab jiran, Mat Yo pernah kejutkan banyak pihak
Akan tetapi, ada juga penyokong mereka yang menzahirkan semangat tersebut dengan cara negatif apabila mereka mengharapkan musuh tradisi iaitu Malaysia mengalami nasib sama seperti Vietnam.
Malaysia akan turun berdepan Bahrain pada Sabtu dengan jika kekalahan diraih, skuad Kim Pan-gon juga akan pulang awal dari Qatar.
"3-0 (kepada) Bahrain, Upin & Ipin (Malaysia) kalah," kata penyokong Indonesia bernama Dediz Come Back.
"Malaysia bakal dimasak oleh Bahrain nanti ni," ujar khun_kalang_8989.
"Saya yakin Malaysia akan kalah," Anas Miptahudin memberikan komennya.
BACA LAGI: Hanya kerana posting FB, 2 gergasi Liga Super hampir dapat tajaan syarikat tempatan
"Terpaling mentaliti away dan takluk Asia bakal jadi lauk gol oleh Bahrain," ujar akaun bernama banglayu_malaydesh.
"Mana yang haritu puji-puji Malaysia punya mental kuat bila beraksi di tempat lawan? Mentang-mentang sebelum Piala Asia selalu menang perlawanan persahabatan," kata jul_dchive pula.
Dalam masa yang sama, ada juga yang mengejek Harimau Malaya yang sinonim dengan 'mentaliti juara' serta kekuatan psikologi apabila beraksi di tempat lawan.
Mereka menganggap kekalahan 0-4 kepada Jordan tempoh hari membuktikan Malaysia bukanlah pasukan handalan, menurut mereka.
Malaysia mempunyai misi sukar berdepan Bahrain untuk terus kekal di Piala Asia. Jika menang, Harimau Malaya akan mempunyai peluang lebih cerah untuk mara ke pusingan seterusnya.
Jika perlawanan berakhir dengan seri, Malaysia tiada pilihan lain selain menewaskan Korea Selatan untuk mara ke pusingan seterusnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram