MALAYSIA bakal berdepan Bahrain dalam misi hidup mati untuk memastikan peluang layak ke pusingan seterusnya Piala Asia 2023 masih terbuka.
Selepas tumpas 0-4 kepada Jordan, skuad Kim Pan-gon wajib mendapatkan keputusan positif supaya tidak pulang awal seperti yang dialami Vietnam.
Akan tetapi, kerisauan telah terpancar dalam kalangan ekor Harimau Malaya apabila Pan-gon menyenaraikan kesebelasan utama untuk perlawanan tersebut.
Pan-gon menurunkan pemain-pemain lazim seperti Syihan Hazmi, Dion Cools, Arif Aiman dan Faisal Halim.
Selain itu, terdapat pemain lain yang diturunkan seperti Paulo Josue dan Syamer Kutty untuk menguatkan barisan serangan serta tengah.
BACA LAGI: 'Semoga Malaysia kalah', ekor Garuda doa HM jadi mangsa 'lauk' Bahrain
Namun begitu, perasan risau itu datang apabila melihat nama Dominic Tan diletakkan sebagai pemain pertahanan kesebelasan utama.
Rata-rata penyokong Harimau Malaya tidak senang dengan keputusan tersebut kerana berasakan pemain itu error-prone dan boleh menjadi punca kekalahan Malaysia kepada Bahrain.
"Dominic main pula, sedih macam ni. Harap sangatlah dia tak buat silly mistake macam selalu dia buat," kata penyokong bernama Ali Jamaluddin.
"Dominic main, 3 gol bolos," ramal Man Hasry pula.
"Alamak Lord Dominic Tan main, 'berapa bolos yang anda mahu?'," perli Adam Zulkifli.
Dalam masa yang sama, penyokong Harimau Malaya berharap agar pendekatan tiga pemain tengah digunakan berbanding dua saja.
BACA LAGI: Dalam diam, Daud Bakar berjaya tarik jenama makanan tersohor ke Darul Aman
Ini bermaksud, penyokong lebih senang jika formasi 4-3-3 digunakan berbanding 4-4-2 atau 3-4-3.
"Kalau main dua je pemain tengah, agak mustahil nak menang. Kena main tiga pemain tengah baru seimbang bertahan dengan menyerang," kata penyokong bernama Wak Jebat.
"Macam Dion Cools main defensive midfielder je ni. Stuart Wilkin dan Syamer Kutty main central midfield, Paulo Josue main penyerang solo. Mana Safawi?," komen Faisal Adnan pula.
Tidak kisah bagaimana pendekatan atau formasi yang digunakan, diharap ia dapat memberikan kemenangan buat Malaysia. Ayuh Harimau Malaya! — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram