KELAB Sarawak, Kuching City FC bersedia untuk berdepan cabaran sukar yang akan diberikan oleh Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam pertemuan Liga Super mereka pada Jumaat.
Mereka yang merupakan pasukan sering melakukan kejutan dalam Liga Super musim ini bakal berdepan cabaran paling sukar kerana JDT sukar untuk ditewaskan di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Menurut penyerangnya, Tchetche Kipre, dia menyedari rata-rata pihak lawan bertemu JDT pasti akan bermain secara bertahan.
BACA LAGI: [VIDEO] Kuching City makin 'mengganas', bintang JDT sah perkuat The Cats
BACA LAGI: Angkara gol debut Ali Olwan, Kuching City terciduk sampai tukar keeper
Kipre mahu berikan cabaran terbaik menentang JDT.
Hal ini kerana, lengkapnya JDT dari segala segi memberikan masalah besar kepada pihak lawan untuk bersaing dari minit pertama hingga wisel penamat.
"Biasalah, apabila turun beraksi kita pasti ingin bermain mengikut perancangan kita, tapi pasukan seperti JDT boleh mengubah pelan yang telah dirancang. Menentang mereka, kami perlu bertahan hampir sepanjang waktu.
"JDT adalah pasukan yang mempunyai ramai pemain berkualiti, jadi mereka akan paksa kami bertahan. Secara mentalnya, kami ingin bermain dengan menguasai bola dan beraksi baik.
"Kami perlu beradaptasi dan bersedia, kami tahu yang JDT adalah pasukan yang sukar untuk ditewaskan terutamanya di laman mereka. Tapi dalam bola sepak, apa saja boleh terjadi," kata Kipre.
Musim ini, Kuching City menampilkan persembahan baik dengan berjaya menduduki tempat keempat Liga Super selepas dengan mengutip 14 mata dalam 10 perlawanan.
Sebelum ini, mereka tumpas 0-4 kepada Selangor FC yang merupakan kelab kedua terbaik liga buat masa sekarang.
Berdepan JDT yang merupakan pendahulu, pasti cabaran lebih sukar menanti Kuching City dalam misi menjadi kelab kedua Liga Super yang berjaya mencuri mata daripada Harimau Selatan selepas PDRM FC. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram